CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3433|Reply: 0

Zii Jia, Jin Wei 'bungkus' awal

[Copy link]
Post time 6-9-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia, Jin Wei 'bungkus' awal



ZII Jia pamer aksi tidak konsisten.


Kuala Lumpur: Selepas mempamerkan permainan terpuji di dua kejohanan sebelum ini perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali bergelut selepas terkandas di pusingan pertama Terbuka China sebentar tadi.

Walaupun berjaya bangkit di set kedua, Zii Jia dilihat bergelut untuk mempamerkan permainan sempurna pada rubber set sebelum tumpas kepada pemain Jepun, Kodai Naraoka 24-26, 21-11, 11-21.

Ini kekalahan kedua Zii Jia kepada Naraoka selepas kali pertama di Terbuka Malaysia Januari lalu, sebelum pemain kelahiran Kedah itu berjaya menebusnya di Seluruh England.

Bagaimanapun, kekalahan sebentar tadi menjadikan Naraoka mendahului 2-1 dalam rekod pertemuan antara kedua-dua pemain berkenaan.

Zii Jia akan meneruskan aksi di Terbuka Hong Kong yang membuka tirai 12 September ini dengan berdepan Zhao Jun Peng dari China di pusingan pertama.

Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto optimis anak didiknya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mampu melakar kejutan apabila bertemu pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeung Na Eun pada aksi pusingan kedua Terbuka China, esok.

Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking ke-11 dunia mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan India, Rohan Kapoor-N Sikki Reddy 21-15, 21-16 pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Won Ho-Na Eun pula mara selepas mengetepikan cabaran pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo 21-17, 21-19. Nova, berkata berdasarkan rekod pertemuan terakhir antara Tang Jie-Ee Wei dengan lawan dari Korea itu, dia percaya kelebihan memihak kepada anak didiknya.

Kedua-dua pasangan masing-masing mencatat satu kemenangan dalam dua pertemuan mereka sebelum ini dengan kali terakhir dimenangi Tang Jie-Ee Wei di Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), April lalu.

"Berdasarkan prestasi dalam perlawanan hari ini (menentang Rohan-Sikki Reddy), masih belum berada pada tahap terbaik. Tang Jie-Ee Wei perlu mengurangkan kesilapan apabila beraksi dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir di pusingan pertama selepas kalah di tangan pemain Jepun, Aya Ohari 18-21, 12-21.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... in-wei-bungkus-awal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047351 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list