CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2881|Reply: 0

[Perak] Angkara menantu hantu, warga emas diganggu along

[Copy link]
Post time 6-9-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Ipoh: Angkara menantu perempuan gagal menjelaskan pinjaman wang dari peminjam wang tanpa lesen, pasangan suami isteri bersama anak lelakinya hidup dalam ketakutan akibat diugut along.

Chiang Leong Pan, 60, dari Taman Bercham Indah mendakwa dia menyedari dua kereta milik anak lelaki dan isterinya serta pagar rumahnya disimbah cat merah kira-kira 9 pagi Ahad lalu ketika mahu keluar rumah.

Beliau yang juga seorang juruteknik berkata terdapat dua keping kertas dilekat di tembok pagar rumah yang tertera nama menantunya serta bertulisan amaran supaya melangsaikan segera hutang yang dipinjam.

"Selepas kejadian itu, saya menghubungi menantu saya yang bekerja di Singapura dan dia mengaku ada meminjam along. Bagaimanapun saya tidak pasti berapa jumlah yang dipinjamnya," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini hari ini.

Chiang berkata dia juga membuat laporan polis pada hari yang sama dan mengharapkan tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa.

"Saya tidak terlibat dengan pinjaman along dan bimbang sekiranya selepas ini terjadi perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emas-diganggu-along
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.040998 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list