CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3501|Reply: 0

[Kedah] Qaish bertarung lawan leukemia

[Copy link]
Post time 6-9-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Qaish di sisi bapanya, Ahmad Mohamad Zain dan ibunya, Hasmah Ahmad ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Charuk Bemban, Kupang di Baling. -UTUSAN/NORLIA RAMLI



BALING: “Berbaki lagi dua bulan, kami harap Allah SWT kurniakan keajaiban kepada anak sulung kami, Muhammad Qaish. Semoga Allah berikan kesembuhan yang sempurna kepadanya dan kembali sihat seperti dulu,” kata Ahmad Mohamad Zain, 42.

Begitulah harapan Ahmad dan isterinya, Hasmah Ahmad, 42, terhadap anak kesayangan mereka berusia 11 tahun yang kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) sejak lima tahun lalu.

“Luluh hati mendengar perkembangan yang disampaikan oleh doktor, namun kami tidak pernah berputus asa, terus berikhtiar berubat Qaish sama ada secara moden atau tradisional dan dalam tempoh dua bulan ini apa sahaja kami sanggup lakukan asalkan Qaish kembali sihat.

“Saya beritahu Qaish, selagi boleh berusaha dan berubat selagi itu kami akan lakukan. Saya minta dia kuat semangat, selama empat tahun dia kuat melawan penyakitnya tetapi kali ini kami mahu dia lebih kuat,” katanya ketika ditemui di Kampung Charuk Bemban, Kupang, semalam.

Menurut Ahmad, mereka diberitahu oleh doktor pakar tentang perkembangan penyakit Muhammad Qaish ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang pada 17 Jun lalu.

Bercerita mengenai anaknya, Ahmad berkata, Muhammad Qaish pada mulanya hanya demam selama seminggu dan setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2019.

“Selepas menjalani rawatan selama setahun di Hospital Pulau Pinang, keadaannya semakin baik. Dalam tempoh ini juga, Qaish berusaha sedaya upaya untuk melawan penyakitnya, malah dia pernah koma selama lima hari.

“Namun, sel kanser kembali menyerang pada 2021 dan Qaish terpaksa menghentikan rawatan kemoterapi pada Julai tahun lalu kerana badannya sudah tidak dapat menerimanya selain turut berlaku komplikasi,” katanya.

Ahmad ketika itu terpaksa berhenti kerja di sebuah kilang untuk menguruskan anaknya, manakala isteri yang bekerja sebagai kerani menguruskan tiga anak mereka yang lain.

“Qaish terus menjalani pemeriksaan lanjut untuk mengetahui tahap penyakitnya dan air tulang belakangnya diambil, waktu itu Qaish mengadu sakit dan tidak mahu lagi menjalani rawatan.

“Sel kanser dalam badannya merebak cepat dan kini Qaish berstatus paliatif kerana tiada lagi rawatan yang boleh dijalani. Tiada siapa yang sanggup terima kenyataan apatah lagi kami suami isteri dan Qaish sendiri, tetapi apakan daya kami juga perlu terima Qada dan Qadar Allah,” katanya.

Katanya, dia kini hanya mengambil upah mengerjakan sawah milik penduduk kerana hanya boleh meninggalkan Muhammad Qaish sekejap sahaja sekiranya isteri atau anak keduanya, Muhamad Qhairish, 9, berada di rumah.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan termasuk daripada sudut kewangan boleh menghubungi Ahmad melalui talian 0195521251 atau sumbangan melalui akaun Bank Islam 0204-802-0623988 miliknya.
habis

MUHAMMAD Qaish di sisi bapanya, Ahmad Mohamad Zain dan ibunya, Hasmah Ahmad ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Charuk Bemban, Kupang di Baling. –UTUSAN/NORLIA RAMLI
https://www.utusan.com.my/nasion ... ung-lawan-leukemia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.147056 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list