View: 3008|Reply: 0
|
Greenwood gembira hari pertama di Getafe
[Copy link]
|
|
Bekas pemain Manchester United, Mason Greenwood diperkenalkan kepada peminat Getafe di Coliseum, Madrid semalam. – Foto Twitter Getafe CF
MADRID: Mason Greenwood menyanjung "hari pertama yang menakjubkan" apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Getafe.
Pasukan La Liga Sepanyol itu memperkenalkan penyerang berusia 21 tahun itu di hadapan lebih 5,000 peminat di Stadium Coliseum, Madrid.
Beribu-ribu peminat Getafe yang tidak sabar hadir untuk mengalu-alukan kehadiran Greenwood dan dua lagi pemain baharu Diego Rico dan Oscar Rodriguez.
Penyerang itu kemudiannya menggunakan media sosial untuk menggambarkan majlis pengenalan Getafe sebagai "hari pertama yang menakjubkan" di antara montaj imej.
Catatan Greenwood mendapat hampir 200,000 tanda 'like' selepas dia diberikan peluang kembali bermain bola sepak oleh kelab La Liga itu.
Seorang peminat terkedu apabila Mason Greenwood menyerahkan jersinya sebagai kenangan. – Foto Twitter Getafe CF
Pemain baharu itu melambai kepada penyokong dan menendang bola yang ditandatanganinya ke tempat duduk semasa majlis pengenalan itu.
Penyerang itu memberitahu orang ramai dia "gembira berada di sini" bagi memperagakan aksinya musim ini.
Greenwood berkata: "Saya sudah berlatih selama empat atau lima bulan jadi saya semakin pantas.
"Saya berlatih dengan rakan sepasukan dan saya berasa cukup bagus.
"Kami berdepan satu perlawanan pada satu masa, saya sedar selepas ini ada satu perlawanan di tempat sendiri, kami akan mencuba untuk memenanginya dan melakukan yang terbaik." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-pertama-di-getafe |
|
|
|
|
|
|
| |
|