CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengawal keselamatan dituduh sebabkan kematian bayi 15 bulan

[Copy link]
Post time 6-9-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

S Nagendran dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 15 bulan.

S Nagendran, 34, dihadapkan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohd Farid untuk pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu didakwa menyebabkan kematian bayi berkenaan di alamat B-4-44 Pangsapuri Ampang Jajar, Seberang Perai Utara, antara jam 6.25 petang pada 23 Ogos hingga 4.50 petang pada 26 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma' 'Amira Shahidani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh mahkamah pada prosiding hari ini.



Mahkamah tidak membenarkan Nagendran diikat jamin sebelum menetapkan 6 Mac 2024 untuk serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), dekat sini pada 28 Ogos lalu oleh seorang lelaki.

https://www.bharian.com.my/berit ... atian-bayi-15-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034395 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list