AKSI Saka meledak gol keempat England ketika menentang England dalam saingan kelayakan Euro 2024 di Old Trafford pada 19 Jun 2023.
London: Penyerang Bukayo Saka dipilih Pemain Terbaik Tahunan England untuk kali kedua berturut-turut, menurut Persatuan Bolasepak Inggeris awal pagi tadi.
Bintang muda Arsenal berusia 22 tahun itu diundi pemain paling cemerlang bagi musim 2022-23 oleh penyokong mengatasi pemain tengah Jude Bellingham serta penyerang Harry Kane yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Saka yang menyarung jersi England kali pertama pada Oktober 2020 menjaringkan tujuh gol dalam 10 perlawanan sepanjang tempoh 12 bulan untuk Three Lions termasuk tiga gol di Piala Dunia 2022.
Dia dipilih pemain terbaik perlawanan ketika England membelasah Iran 6-2 pada aksi pembukaan di Qatar dan ketika menewaskan Ukraine dalam saingan kelayakan Euro 2024.
Dia juga mencipta hatrik pertama dalam kariernya ketika menentang North Macedonia.