CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2342|Reply: 0

[Perlis] KKR terima 1,000 aduan menerusi MYJalan

[Copy link]
Post time 5-9-2023 07:24 PM | Show all posts |Read mode
KKR terima 1,000 aduan menerusi MYJalan

05 September 2023 06:17pm





Abdul Rahman berucap pada Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Padang Besar, pada Selasa. - Foto Bernama




PADANG BESAR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, aplikasi aduan berkaitan kerosakan jalan raya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, namun sebahagian besar aduan tersebut bukan melibatkan jalan milik atau di bawah penyelenggaraan KKR.

"KKR tetap membantu menyalurkan aduan tersebut ke pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Padang Besar di sini pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan (KKM), Zairi Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya-Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Badioezaman Ab. Khalik dan Pengarah JKR Perlis, Mohd Shahril Mohd Said.

Abdul Rahman berkata, tidak dinafikan ramai yang menuding jari kepada JKR apabila berlaku kerosakan jalan raya seperti kontraktor menebuk jalan bagi membaiki kerosakan paip, sedangkan ia berlaku bukan di jalan milik atau di bawah selenggaraan JKR.

"Jadi saya minta pihak terlibat segera membaiki jalan tersebut agar tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.

KKR sebelum ini melancarkan kempen MYJalan yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan raya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, Klinik Kesihatan Padang Besar yang bernilai RM24.3 juta akan memulakan operasi pada 25 September ini.



Menurutnya klinik yang dibina di atas tanah berkeluasan 0.18 hektar itu mampu menampung sekitar 300 hingga 400 pesakit pada satu masa.

"Projek ini diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 untuk memenuhi keperluan kesihatan penduduk sekitar dan menampung pertumbuhan populasi yang tinggi sejajar dengan pembangunan sosioekonomi di sekitar kawasan ini,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066198 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list