CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 0

[Pulau Pinang] Saman fitnah Cheta Pot Pet terhadap Iddin Syah ditetapkan Februari depan

[Copy link]
Post time 4-9-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Saman fitnah Cheta Pot Pet terhadap Iddin Syah ditetapkan Februari depan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



MUHAMMAD Iddin Syah (tengah hadapan) ketika hadir di mahkamah. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 14 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah usahawan kosmetik, Rozita Baharom terhadap pempengaruh media sosial, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi.

Hakim P Anand menetapkan 14 hingga 16 Februari bagi perbicaraan kes itu manakala 1 Disember ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Selain itu, Anand turut memerintahkan kedua-dua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sesama sendiri berkaitan kes berkenaan di mana-mana platform media sosial.

Hakim turut menegaskan perintah injunksi berkenaan dengan serta-merta perlu dipatuhi kedua-dua pihak.

Terdahulu, Peguam Rafique Rashid dan Akif Rusli yang mewakili Muhammad Iddin Syah memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah di mahkamah, yang difailkan Rozita atau lebih dikenali sebagai Cheta Pot Pet.

Sementara itu, Muhammad Iddin Syah ketika ditemui berkata, dia menyerahkan kepada peguamnya bagi mengendalikan saman fitnah yang dikemukakan Rozita terhadapnya.

Terdahulu pada 21 Ogos, Rozita memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap Muhammad Iddin Syah di Mahkamah Tinggi berkenaan.

Peguam, K Mahendran yang mewakili Rozita berkata, dalam tuntutan itu anak guamnya menuntut permohonan maaf daripada Muhammad Iddin Syah secara terbuka di platform media sosial termasuk akaun TikTok dan Instagram miliknya.



Disiarkan pada: September 4, 2023 @ 4:31pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041499 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list