CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

Sikh Izhan tekad bawa B-23 layak ke Qatar

[Copy link]
Post time 4-9-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

PENJAGA gol skuad bawah B-23, Sikh Izhan Nazrel. -FOTO FAM

Sepang: Penjaga gol skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman tidak menyembunyikan hasratnya yang turut menyasarkan tiket ke Sukan Olimpik di Paris tahun depan, selain mara ke Piala Asia B-23 di Qatar.

Menurut penjaga gol yang dipinjam oleh Selangor FC ke pasukan Negeri Sembilan FC itu, sasaran pasukan adalah untuk layak ke Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun depan, sebelum mengintai peluang ke temasya Olimpik yang dijadual berlangsung pada Julai, tiga bulan selepas saingan di Qatar itu.

Jelasnya lagi, keputusan kurang memuaskan di Sukan Sea Kemboja dan Piala AFF B-23 sebelum ini adalah titik permulaan kepada kebangkitan pasukan untuk hadir lebih baik pada Kelayakan Piala Asia B-23 di Chonburi, Thailand nanti.

"Saya rasa pemain yang dipanggil ini akan bermain untuk Piala AFC kali ini yang terbaik. mungkin persiapan di (Piala) AFF dan Sukan Sea ini menjadi titik permulaan, di mana kita tak dapat keputusan yang baik di dua kejohanan besar.

"Jadi saya harap AFC (Kelayakan Piala Asia B-23) yang ini akan berhasil, kita nak sasarkan ke tahun depan ke pusingan berikutnya (layak ke Piala Asia B-23 di Qatar), dan Olimpik (Sukan Olimpik) tahun depan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, hari ini.

Di Thailand nanti, anak didik E Elavarasan diundi dalam Kumpulan H bersama pasukan tuan rumah dan dua lagi pesaing iaitu Bangladesh dan Filipina.

Juara kumpulan daripada 11 kumpulan dan empat naib juara terbaik akan meraih slot ke Piala Asia B-23 di Qatar, di mana tiga pasukan terbaik di pusingan akhir itu pula akan menggenggam tiket ke Sukan Olimpik di Paris.

Sementara itu, Sikh akui sudah bersedia sepenuhnya sekiranya diberi peluang untuk turun beraksi dan akan memberikan yang terbaik buat pasukan.

"Saya bersedia jika diberi peluang dan memberikan yang terbaik. Seperti yang saya cakap tadi, saya tak risau dengan ketiga-tiga penjaga gol kerana kesemua penjaga gol berkualiti dan berada pada prestasi terbaik ketika ini," katanya.

Selain dirinya, skuad Harimau Muda ini turut membawa dua penjaga gol berwibawa iaitu pemain Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dan tonggak Kuala Lumpur City FC, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... b-23-layak-ke-qatar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.031279 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list