CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 0

Pan Gon ada strategi rahsia

[Copy link]
Post time 4-9-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode

AKSI Matthew Davies (dua dari kanan) dan Shahrul Nazeem Zulpakar (tiga dari kiri) pada sesi latihan terakhir skuad Harimau Malaya hari ini di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia sebelum berlepas ke Chengdu, China. – IHSAN FAM



PETALING JAYA: Corak permainan yang berbeza, itu antara kemungkinan yang bakal ditampilkan skuad Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China dan Syria pada 6 dan 9 September ini.

Jika sebelum ini, peminat bola sepak tempatan dihidangkan dengan taktik penyerang dan kali ini, Kim Pan Gon pastinya merencanakan sesuatu yang berlainan kerana mengambil kira lawan yang berada di kelompok 100 terbaik dunia.

Perkara itu diakui sendiri oleh pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies menjangkakan corak permainan berbeza akan diadaptasi oleh Pan Gon selepas barisan kejurulatihan menilai kemampuan lawan.

Bek kanan berumur 28 tahun itu berkata, langkah itu mungkin diambil Pan Gon sesuai dengan status kedua-dua pasukan lawan iaitu Syria dan tuan rumah, China yang lebih baik berbanding Malaysia yang berada di tangga ke-136 dunia.

“Saya percaya ia akan menjadi pendekatan yang sedikit berbeza apabila Harimau Malaya menentang pasukan yang berada pada ranking lebih baik (Syria dan China) terutamanya dalam perlawanan di tempat lawan.

“Bermain secara defensif sememangnya aspek penting tetapi pada masa yang sama kami tidak mahu pergi ke sana (Chengdu) dengan strategi seperti itu kerana bukan itu cara kami sebagai pasukan bola sepak,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan Wisma FAM kelmarin.

Sebelum ini, pengendali dari Korea Selatan itu dilihat sering menggunakan corak permainan menyerang dalam mana-mana perlawanan disertai mereka dan taktikal berkenaan membuahkan hasil yang baik dan menghadiahkan kemenangan buat Malaysia.

Sementara itu, Davies berkata, dia perlu memberikan fokus sepenuhnya bersama skuad kebangsaan kerana tidak mahu terlepas daripada bermain dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Davies yang bermain di posisi pertahanan kanan negara mengakui kini di Malaysia sudah mula mempunyai ramai pemain pertahanan kanan yang berbakat dan dia sendiri mahu berusaha lebih keras untuk mengekalkan tempatnya di skuad kebangsaan.

“Untuk saya sendiri, saya bekerja keras hari demi hari dan sekarang ada ramai pemain pertahanan kanan yang berbakat jadi saya akan cuba yang terbaik untuk kekalkan tempat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Davies yang sudah bermain 39 perlawanan bersama skuad senior kebangsaan sangat teruja dengan aksi persahabatan menentang pasukan yang lebih kuat di China selain sudah sedia maklum dengan apa yang jurulatih Pan Gon inginkan dari beliau dan rakan sepasukan.

“Saya akui perlawanan yang mendatang ini satu bentuk tentangan baru dibawakan oleh jurulatih dan majoriti pemain-pemain yang ada di sini semuanya sudah bersama sejak sebelum ini, kami juga sudah tahu apa yang jurulatih mahukan dan menganggap perlawanan dengan dua pasukan kuat ini satu pendedahan yang baik terutama bermain di tempat lawan,” katanya.

Malaysia akan bertemu dengan Syria pada 6 September dan China pada 9 September di Chengdu, China dengan skuad Harimau Malaya dijadualkan berlepas untuk mengharungi aksi persahabatan itu petang ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/terkin ... da-strategi-rahsia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053043 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list