CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2215|Reply: 0

[Johor] Abdullah dalam keadaan stabil

[Copy link]
Post time 4-9-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode

ENAM beranak yang disahkan maut. FOTO Ihsan Pembaca

Segamat: Keadaan remaja lelaki 15 tahun yang terbabit dalam nahas lima kenderaan yang meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa, Abdullah Amir Ruddin yang masih mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat itu, kini menggunakan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, pihaknya telah terkesan berikutan satu laporan berita pada pukul 6.30 petang semalam yang mendakwa remaja berkenaan meninggal dunia.

"Polis mengesahkan berita berkenaan adalah tidak benar dan mangsa terbabit adalah remaja lelaki berusia 15 tahun masih dirawat, di mana jumlah mangsa yang maut masih kekal enam orang.

Polis memohon agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang berita yang tidak pasti kesahihannya kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi keluarga yang masih bersedih. Segala perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Zamry berkata pihak media juga dinasihatkan mendapatkan maklumat dari pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang berita bagi memastikan berita yang dikeluarkan adalah benar-benar sahih.

Dalam nahas Jumaat lalu, ibu dan bapa mangsa Norahimah Noor Muhammad, 43 dan Amir Ruddin Ismail, 46 serta empat beradik mangsa Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5 meninggal dunia dan jenazah kesemua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Muar petang semalam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.115218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list