CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 0

[Kedah] Elak ke air terjun Lata Bayu, cuaca tak menantu - APM Kedah

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

AIR terjun Lata Bayu. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun Lata Bayu, Asam Jawa di Baling buat sementara waktu berikutan cuaca tidak menentu selain berada dalam fasa peralihan monsun pada masa ini.

Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata air terjun Lata Bayu termasuk dalam senarai 39 lokasi rekreasi air yang dikenal pasti kawasan 'hot spot' di Kedah berisiko tinggi berlaku fenomena kepala air.

Beliau berkata kejadian kepala air yang terbaharu berlaku di Lata Bayu itu pada 31 Ogos lepas setelah hujan lebat dengan dua mangsa wanita terperangkap dalam kejadian itu berjaya diselamatkan.

"Orang ramai perlu berhati-hati ketika mengunjungi kawasan rekreasi terutama air terjun itu untuk beriadah atau berkhemah kerana air terjun Lata Bayu juga antara lokasi panas berlaku aliran puing di daerah Baling," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata daerah Baling mencatatkan jumlah tertinggi lokasi rekreasi air yang berisiko untuk berlakunya kejadian kepala air iaitu sebanyak 11 lokasi, diikuti daerah Yan (enam lokasi) dan Sik (lima lokasi).

"Selain Lata Bayu, 10 kawasan lain berisiko di Baling ialah Kuala Kedua; Lata Bukit Hijau, Teratak Simpul; Lata Celak Iboi; Air Panas Ulu Legong; Lubuk Badak; Sungai Pam; Lata Baling; Lubuk Pedati; dan Lata Nering," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 1,100 anggota APM Kedah kini bersiap sedia untuk dikerahkan bagi menghadapi banjir kilat yang dijangka berlaku ketika fasa peralihan Monsun Timur Laut.

"Sebanyak 357 kawasan berisiko banjir dikenal pasti terutamanya di sepanjang Lembangan Sungai Muda, kawasan berisiko tumpuan juga melibatkan daerah Kulim; Baling; Kuala Muda; Bandar Baharu; Kota Setar dan Kubang Pasu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-menantu-apm-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.193223 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list