CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 2

[Selangor] 'Macam-macam alasan bila kena cekup'

[Copy link]
Post time 3-9-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA JPJ menahan penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika Operasi Khas Motosikal 2023 berhampiran Stesen LRT Puchong Perdana. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Subang Jaya: "Sudah biasa tak pakai helmet dan jarak perjalanan dekat".

Itu antara alasan diberikan oleh beberapa penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar dalam Operasi Khas Motosikal di Taman Puchong Perdana, di sini, hari ini.

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun memaklumkan dia dan rakannya, 15, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas lepak di tasik berhampiran.

"Saya dan rakan hanya mahu pergi tasik yang hanya ambil masa (perjalanan) beberapa minit dari rumah kami. Sebab itu, kami tidak pakai helmet (topi keledar).

"Ramai orang kawasan ini saya lihat tak pakai helmet. Saya anggap itu (tidak pakai topi keledar) biasa," katanya yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC milik abangnya.

Pemeriksaan dilakukan mendapati remaja Tingkatan Tiga berkenaan juga tidak memiliki lesen memandu.

Dia dan rakannya adalah antara lebih 30 penunggang dan pembonceng motosikal termasuk beberap remaja bawah umur lain yang didapati tidak memakai topi keledar dalam operasi berkenaan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi mendapati ada di antara motosikal yang dinaiki sehingga tiga orang termasuk kanak-kanak.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, perlaksanaan operasi itu di Taman Perdana Puchong adalah kerana ia adalah lokasi didapati kerap berlaku pelanggaran peraturan jalan raya.

"Ini bukan kali pertama operasi khas seumpama ini diadakan di sini kerana kita mendapati perubahan amat sedikit (mematuhi peraturan) memerlukan tindakan tegas diambil.

"Tindakan penguatkuasaan ini diambil bukan untuk menyusahkan orang ramai tapi supaya kesalahan sama tidak diulang dan menjadikannya tabiat.

"Disebabkan itu, operasi ini juga tertumpu di kawasan perumahan yang juga lokasi didapati banyak berlaku pelanggaran peraturan jalan raya,"katanya.

Lokman berkata, sudah menjadi trend motosikal dinaiki lebih dua orang bagi sesetengah pihak.

"Fenomena itu sudah dianggap biasa, namun harus diingat bahawa ia adalah satu kesalahan bagi menunggang motosikal lebih dua orang.

"Situasi sama berlaku apabila kita lihat ramai penunggang dan pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar atas pelbagai alasan seperti perjalanan jarak dekat yang menjadi tabiat mereka," katanya.

Selain kesalahan terbabit, pihaknya juga menumpukan kegiatan rempit serta bunyi bising membabitkan penunggang motosikal di beberapa lokasi dikenal pasti di seluruh negara.

"Kegiatan rempit bukan sahaja mendatangkan risiko kepada pelakunya, malah menjejaskan pengguna jalan raya yang lain.

"Ini termasuk aduan bunyi bising yang banyak kami terima daripada masyarakat setempat sekali gus membuktikan sikap toleransi golongan ini semakin rendah.

"Disebabkan itu, kita mahu melaksanakan operasi ini bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-bila-kena-cekup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 03:16 PM | Show all posts
Walau apa pun alasan, keselamatan perlu diutamakan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 04:04 PM | Show all posts
nasib baik x bg alasan "mati, tanam"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.092788 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list