View: 1295|Reply: 1
|
Pemain muda Chelsea perlu belajar daripada kekalahan
[Copy link]
|
|
PEMAIN Chelsea Axel Disasi terduduk kecewa selepas tamat perlawanan menentang Forest. FOTO Reuters
London: Mauricio Pochettino mengakui skuad muda Chelsea perlu lebih matang selepas tewas mengejut 0-1 di tangan Nottingham Forest semalam.
Jaringan Anthony Elanga memastikan kekalahan kedua anak buah Pochettino dalam empat aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas pemain sayap Manchester United Elanga memanfaatkan kesilapan Moises Caicedo selepas dia yang menerima hantaran Taiwo Awoniyi meledak rembatan minit ke-48 di Stamford Bridge.
Chelsea hanya menang sekali aksi liga musim ini dan menduduki tangga ke-11.
Pochettino mengekalkan barisan sama menewaskan Luton 3-2 minggu lalu tetapi skuadnya yang kurang berpengalaman bergelut ketika menentang Forest.
Penyerang Bawah 21 England Cole Palme yang ditandatangani dari Manchester City antara muka baharu yang masuk daripada bangku simpanan pada babak kedua tetapi gagal mencetuskan impak.
"Kami perlu lebih klinikal di kedua-dua kawasan," kata Pochettino. "Kami melakukan kesalahan dan kemudiannya kami mencipta peluang tetapi jika anda gagal jaringkan gol sukar untuk menang.
"Perlawanan seperti ini saya fikir akan membantu kami cepat matang. Ia bukan sahaja perlukan kualiti tetapi bertanding dengan cara berbeza."
Pemilik Chelsea melaburkan lebih £1 bilion (RM5.85b) mendapatkan pemain baharu sejak membeli kelab daripada Roman Abramovich pada 2022 termasuk sekitar £380 juta (RM2b) menandatangani 10 pemain untuk Pochettino.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -daripada-kekalahan |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar, belajar juga, lepas ni janganlah asyik kalah sahaja |
|
|
|
|
|
|
| |
|