View: 1607|Reply: 0
|
VAR bakal beri kesan wang hak penyiaran pasukan?
[Copy link]
|
|
STUART berkata pihaknya tidak boleh beri jaminan pengagihan wang hak penyiaran akan terjejas pada musim hadapan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Kuala Lumpur: Adakah pelaksanaan sistem teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) bakal menjejaskan pengagihan wang hak penyiaran pasukan Liga Super?.
Perkara itu menjadi persoalan kerana kos untuk melaksanakan sistem berkenaan bukannya murah iaitu mencecah hampir RM10 juta pada peringkat awal dengan RM3.5 juta pula pada tahun berikutnya sekali gus bakal menjadi bebanan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kelak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam, pihaknya tidak boleh beri jaminan pengagihan wang hak penyiaran akan terjejas pada musim hadapan kerana perlu melihat dahulu kos akhir bagi melaksanakan VAR itu.
"Tidak pasti lagi (pengagihan wang penyiaran terjejas) sebab musim depan jauh lagi. Kita tunggu rujukan kepada keseluruhan kos yang akan terima daripada kontraktor, pihak penyiaran dan penyediaan trak mudah alih.
"Pada masa ini, peruntukan adalah RM9.7 juta namun kita harapkan dapat laksanakan dengan lebih rendah lagi," katanya.
Sementara itu, Stuart berkata, pada peringkat awal MFL akan 'payung' kos untuk melaksanakan VAR pada peringkat awal walaupun kosnya menelan jutaan ringgit.
"Pada MFL kos VAR bukan senang untuk ditelan oleh pasukan Liga Super kerana kitab oleh lihat keadaan pasukan dan kewangan mereka sekali gus implementasi teknologi itu akan jadi satu tanggungan yang tinggi.
"Jika ada kekangan di peringkat VAR, MFL akan berbincang bersama CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) pasukan. Namun, ketika ini, MFL sedaya Upaya tanggung kos terbabit," katanya.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan pemasangan VAR ternyata 'harga kayangan' apabila MFL mendedahkan bahawa kos keseluruhan pemasangan teknologi terbabit menelan belanja RM9.7 juta untuk musim 2024.
Kos permulaan yang dilihat begitu tinggi itu membabitkan pembelian barangan keperluan seperti kamera, jaringan internet selain turut perlu menyediakan infrastruktur lengkap bagi memastikan VAR boleh digunakan tanpa masalah.
Malah, MFL perlu mengeluarkan anggaran perbelanjaan kira-kira RM3.2 juta pada tahun berikutnya untuk memastikan teknologi terbabit dapat terus digunakan di venue tertentu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-penyiaran-pasukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|