View: 1488|Reply: 0
|
Arsenal mahu teruskan dominasi ke atas United
[Copy link]
|
|
SAKA (kanan) gigih jalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi getir menentang United.
London: Perlawanan tumpuan Arsenal dan Manchester United di Emirates malam esok membolehkan kedua-dua kelab menghantar mesej kemampuan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum rehat antarabangsa bulan ini.
Selepas menduduki tangga kedua musim lalu Arsenal memberikan amaran mahu mengulangi kejayaan lebih cemerlang musim ini.
Walaupun seri 2-2 di tempat sendiri menentang Fulham, mereka mampu bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum mendahului 2-1.
Mereka juga beraksi tanpa penyerang Gabriel Jesus namun Bukayo Saka dan Eddie Nketiah masing-masing menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan awal Arsenal.
Kembalinya Jesus malam esok menambahkan keyakinan pengurus Mikel Arteta untuk menewaskan United sekali gus memberi petanda positif walaupun dia berasakan masih terlalu awal untuk muncul pencabar terkuat kepada juara bertahan tiga kali Manchester City.
"Kami semua mahu menang dan mahu beraksi pada tahap terbaik," kata Arteta. "Ia memberikan anda momentum dan kepercayaan.
"Sebelum rehat antarabangsa, sangat penting untuk menamatkannya dengan baik dan menang perlawanan."
Manchester United (2-1-0, 6 mata) pastinya mahu bangkit selepas tewas di Tottenham Hotspur dua minggu lalu dan mencemaskan penyokong mereka apabila melepaskan dua gol awal sebelum menang 3-2 ke atas Nottingham Forest di tempat sendiri hujung minggu lalu.
Red Devils mungkin boleh memberi alasan mereka beraksi tanpa beberapa pemain utama dan masalah itu tampak boleh di atasi menjelang perlawanan menentang Arsenal.
Pemain baharu ditandatangani pada musim panas Rasmus Hojlund dijangka tampil kali pertama selepas masalah kecederaan belakang menyebabkan dia tersisih bulan lalu.
Mereka juga mendapatkan Sergio Reguilon secara pinjaman dari Tottenham Hotspur untuk mengisi kekosongan di bahagian pertahanan kiri.
"Dia sangat berpengalaman, beraksi banyak perlawanan di La Liga dan Liga Perdana," kata pengurus Erik ten Hag mengenai Reguilon.
"Ketika kami berdepan masalah kecederaan Luke Shaw dan Ty Malacia, saya rasa kami bertindak pantas dalam situasi mendesak ini."
United juga berjaya menandatangani secara pinjaman pemain Maghribi Sofyan Amrabat dari Fiorentina bagi memperkuatkan bahagian tengah.
Arsenal memenangi empat perlawanan terakhir liga antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan 18 jaringan tercipta.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nasi-ke-atas-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|