View: 1287|Reply: 0
|
Liverpool mahu kekal momentum
[Copy link]
|
|
Liverpool mahu kekal momentum
NUNEZ ledak dua gol ketika menewaskan Newcastle.
London: Liverpool akan berusaha meneruskan permulaan cemerlang mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melayan kunjungan Aston Villa malam esok.
Liverpool (2-0-1, 7 mata ) meraih keputusan terbaik hujung minggu lalu selepas meraih kemenangan dengan 10 pemain ketika menewaskan Newcastle United.
Darwin Nunez muncul wira Reds selepas dia yang beraksi sebagai pemain gantian menyamakan kedudukan minit ke-81 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.
Selepas menjaringkan hanya sembilan gol dalam 29 perlawanan pada musim pertamanya di Anfield, pemain Uruguay itu hanya memanaskan bangku simpanan musim ini.
Tetapi itu bukanlah halangan untuk dia membalas kepercayaan pengurus Liverpool Jurgen Klopp yang menandatanganinya dari Benfica.
"Mengagumkan, jelas sekali," kata Klopp mengenai Nunez. "Itu dimahukannya dan apa yang kami mahu daripadanya, menggegar kubu lawan."
Liverpool beraksi tanpa kapten dan pertahanan tengah Virgil van Dijk yang digantung satu perlawanan selepas dibuang padang ketika menentang Newcastle.
Sementara itu, penjaga gol Villa Emi Martinez tidak pasti diturunkan selepas terlepas tiga aksi pertama liga susulan kecederaan betis.
Namun pengurus Unai Emery masih menaruh harapan dan akan menunggu saat akhir sebelum membuat keputusan menurunkan Martinez.
"Dia kembali berlatih pagi ini," kata Emery awal pagi tadi. "Esok (hari ini) adalah latihan terakhir sebelum menentang Liverpool dan kami akan menilai tahap pemulihan dia."
Liverpool mendominasi pertembungan kedua-dua pasukan apabila memenangi lima aksi berturut-turut dalam semua kejohanan sebelum seri 1-1 di Anfield pada Mei lalu.
SUMBER:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mahu-kekal-momentum
|
|
|
|
|
|
|
| |
|