CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2044|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kami kehilangan seorang kawan yang baik'

[Copy link]
Post time 1-9-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
'Kami kehilangan seorang kawan yang baik'


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Ishafinaz Ismail (tengah) ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, bagi menuntut jenazah suaminya, Haryadi Salleh yang ditemukan lemas di Pantai Miami, di Jalan Batu Feringghi. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: "Sepatutnya hari ini mereka menghantar anak kedua ke asrama sebuah sekolah agama di Kedah, semua barangan juga sudah dibawa namun perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya.

"Keadaan ini memang mengejutkan dan kami kehilangan seorang rakan yang baik hati serta suka membantu sepanjang hayatnya."

Begitu kata Nurul Husna, 42, sahabat baik kepada Haryadi Salleh, 43, mangsa lemas dalam kejadian di Pantai Miami, Jalan Batu Feringghi di sini, semalam.

Nurul Husna yang juga rakan baik kepada isteri mangsa berkata, dia menyifatkan Haryadi adalah seorang bapa yang penyayang serta sentiasa mahu menggembirakan keluarga.

Katanya, Haryadi mempunyai ramai kenalan dan arwah juga guru agama atau ustaz di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Itam, Kedah.

"Bagi yang tidak mengenali arwah memang sangka dia garang tetapi sebenarnya seorang yang ceria serta disenangi semua.

"Arwah membawa keluarganya bercuti ke Pulau Pinang bagi mengurangkan tekanan belajar dan gementar anak sulungnya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

"Pada masa ini, emosi keluarga berkenaan terutama isterinya (Ishafinaz Ismail, 42) masih dalam keadaan tidak menentu dan jenazah disemadi berhampiran pusara anak mereka yang meninggal selepas dilahirkan 10 tahun lalu," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan kegembiraan sekeluarga yang berkelah sempena cuti Hari Kebangsaan di Pantai Miami, Jalan Batu Feringgi, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa yang menetap di Jitra ditemukan lemas kira-kira 70 meter dari menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Allahyarham Haryadi terdahulu dikatakan mahu menyelamatkan anak lelakinya yang hampir lemas namun arwah dilihat tenggelam sejurus anaknya berjaya diselamatkan orang awam.

Menurut Nurul Husna, satu jam sebelum kejadian, arwah sempat memuatnaik foto bersama keluarga ketika berkunjung ke Padang Kota Lama, di sini dan tidak menyangka itu adalah kenangan dan khabar terakhirnya kepada keluarga serta kenalan.

"Sejak dua minggu lalu, Haryadi bertegas mahu menghantar Ishafinaz jika mahu ke mana-mana dan tidak mahu isterinya memandu serta mahu menyenangkan isterinya.

"Saya faham keadaan ini agak sukar buat Isyafinaz yang mana tarikh 28 Ogos adalah tarikh kematian anak mereka manakala 29 Ogos pula adalah hari ulang tahun kelahirannya dan kini 31 Ogos diingati sebagai tarikh kematian suami," katanya yang mengenali pasangan itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu Ishafinaz yang ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik enggan ditemubual kerana masih bersedih.

"Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak tahu hendak cakap apa, kejadian ini mengejutkan dan kami mengambil keputusan untuk tidak dijalankan bedah siasat," katanya yang juga guru agama di sebuah sekolah di Kedah.

Turut hadir ialah ibu dan bapa Isyafinaz, tiga anak berusia 17, 13 dan lapan tahun, sepupu dan beberapa kenalan malah difahamkan keluarga Haryadi dari Tawau, Sabah juga dalam perjalanan ke Kedah.

Jenazah dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Batu, Jitra, hari ini selepas solat Isyak.



Disiarkan pada: September 1, 2023 @ 3:33pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.172841 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list