CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4671|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hadiah hari lahir paling bermakna, dibebas awal sempena merdeka

[Copy link]
Post time 30-8-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Zam (dua dari kanan) disambut oleh tiga anak saudaranya ketika dibebaskan melalui PBSL di PRPP pada Rabu.



GEORGETOWN - Seorang banduan Penjara Reman Pulau Pinang (PRPP) yang dibebaskan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani memanjatkan kesyukuran apabila dipilih untuk menyertai program berkenaan sempena Hari Kemerdekaan tahun ini.

Kegembiraan Zam (bukan nama sebenar) yang dipenjarakan atas kesalahan dadah itu berganda apabila dia akan menyambut hari kelahirannya pada Khamis bersama ahli keluarganya.

Zam yang berusia 49 tahun berkata, dia tidak menyangka dirinya merupakan salah seorang daripada 16 Orang Bebas Berlesen (OBB) yang dipilih menerusi PBSL pada kali ini.

"Saya bersyukur kerana dipilih dan amat gembira kerana boleh kembali ke pangkuan keluarga. Saya dipenjara selama lapan bulan dan sepatutnya dibebaskan pada 19 Oktober ini.

"Ini adalah hadiah hari lahir yang paling bermakna buat saya kerana boleh bersama-sama keluarga menyambut dua keraian iaitu hari lahir dan Hari Merdeka," katanya ketika ditemui di pekarangan Bangunan PRPP di sini pada Rabu.

Pelepasan Zam disambut tiga anak saudaranya yang datang dari Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada pagi Rabu.

Kata Zam, dia akan memulakan hidup baharu dengan mencari kerja demi kelangsungan hidup.

"Saya belum berkahwin dan tinggal dengan kakak serta anak-anak saudara. Saya akan cari kerja selepas ini dan akan berubah.



"Terima kasih kepada mereka kerana menerima saya kembali dan saya bertekad akan berubah selepas ini," katanya.

Sementara itu, pemilik syarikat pembersihan, Alpha Sphinx Malaysia Sdn Bhd, K Suraidran berkata, dia mula mengambil Orang Diparol (ODP) dan OBB untuk bekerja di syarikatnya sejak 2019.

Menurutnya, selama tempoh itu, dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang kejadian serius ketika menggunakan perkhidmatan ODP dan OBB.


Suraidran

"Syarikat saya menjalankan perniagaan mencuci kenderaan dan membersihkan bangunan. Sepanjang tempoh empat tahun ini, saya telah menggunakan lebih 200 khidmat ODP dan OBB.

"Setakat ini, tiada masalah serius, yang kecil-kecil itu biasa lah. Mereka yang bermasalah, akan dihantar semula ke penjara," katanya.

Dia menambah, semua ODP dan OBB yang bekerja dengannya akan diberi gaji mengikut kadar yang ditetapkan kerajaan, tempat tinggal, makanan dan latihan kerja.

"Sebagai majikan, saya melayan mereka sama seperti pekerja biasa. Bagi saya, lebih baik ambil ODP dan OBB daripada menggajikan pekerja asing.

"Mereka pun boleh dengar arahan. Tempoh mereka bekerja antara dua bulan sehingga setahun," katanya.

Suraidran turut menyarankan kepada majikan agar membuka peluang kepada ODP dan OBB untuk bekerja di syarikat mereka.

"Jangan takut untuk mengambil mereka ini bekerja. Layan mereka dengan baik, maka mereka pun akan baik dengan kita (majikan). Mereka pun manusia biasa, jangan layan seperti mereka tiada harga diri.

"Saya pun pada mulanya ragu-ragu tetapi apabila melihat mereka ini gigih bekerja, saya mula yakin," katanya.



Mohamad Jusoh

Dalam pada itu, Pengarah PRPP, Mohamad Jusoh Ismail berkata, seramai 16 banduan terpilih menyertai PBSL Ihsan Madani sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2023 peringkat Pulau Pinang.

Katanya, mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun itu telah memenuhi syarat untuk diberikan pelepasan yang mana empat daripadanya akan diserahkan kepada keluarga dan selebihnya kepada majikan.

"Semua yang dibebaskan hari ini adalah sempena kemerdekaan ke-66 dan berpeluang balik ke pangkuan keluarga serta bekerja dengan majikan lebih awal berbanding tempoh hukuman iaitu sehingga Februari nanti.

"Sehingga kini, seramai 256 banduan dari PRPP telah dibebaskan menerusi PBSL Ihsan Madani manakala jumlah banduan di PRPP ketika ini ialah 1,253 orang," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... wal-sempena-merdeka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049440 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list