View: 1605|Reply: 0
|
Lyles mahu cabar rekod Bolt
[Copy link]
|
|
Lyles mahu cabar rekod Bolt
LYLES menunjukkan tiga untuk tiga emas yang diraihnya di Kejohanan Dunia di Budapest. -FOTO AFP
Budapest: Persaraan Usain Bolt pada 2017 meninggalkan kesan dalam dunia olahraga.
Pelari pecut Jamaica itu bersara selepas memenangi 11 emas di kejohanan dunia dan lapan emas Olimpik, tetapi kini, enam tahun kemudian, nampaknya penggantinya sudah muncul, Noah Lyles.
Atlet Amerika itu berusia 26 tahun itu teruja dan semakin lantang, selepas berada di tahun kelapan sebagai atlet profesional, menandatangani kontrak dengan Adidas setahun sebelum Bolt bersara.
Tetapi selepas merangkul pingat emas berganda 100, 200m selain turut bersama pasukan AS meraih emas dalam acara 4x100m di Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Lyles kelihatan bersedia untuk membawa menghangatkan trek.
"Saya mahu menunjukkan saya berbeza. Saya keluar dan menunjukkannya. Saya juara berganda," kata Lyles.
"Usain Bolt melakukannya dan dia berkata kepada saya bahawa dia melihat apa yang saya lakukan dan dia menghormatinya, ia sangat mengagumkan."
Lyles menjadi pelari pecut kelima merangkul emas berganda, pencapaian terakhir yang dilakukan oleh Bolt pada 2015, menambah: "Saya bersedia untuk mengatasinya dalam sukan ini.
"Saya adalah lelaki yang mahu menjadi terkenal di trek. Saya mahu orang ramai melihat saya di trek, tetapi dalam GQ dan siri dokumentari saya dan saya menyedari saya seorang lelaki yang hebat juga."
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hu-cabar-rekod-bolt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|