View: 52083|Reply: 304
|
[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 30-12-2010 15:22
****************** ********************
Assalamualaikum semua para pembaca, penulis dan pengunjung BOD Bakat & Ruangan Penulis semua.
Sempena menyambut tahun baru 2011...(sepatutnya dibuka pada awal tahun baru tapi memandangkan aku tengah bercuti masa tu so aku buka terus la hari ni)
Disini diumumkan di benang ini, kami memberi peluang kepada semua warga WR yang aktif dan tidak aktif menzahirkan bakat dan idea masing-masing disini dalam bentuk tulisan kreatif.
Contohnya:-
-Buat karangan tentang kehidupan anda seharian, pengalaman anda yang pahit, manis, lucu, sedih , dan yang tak dapat dilupakan....
-Kongsi pengalaman anda dalam perlbagai bentuk - pengalaman belajar memasak...pengalaman pertama kali dapat baby..pengalaman pertama kali bercinta or bermacam-macam lagi pengalaman yang korang rela dan ikhlas nak dikongsi bersama.
-Peristiwa bersejarah, sejarah korang yang tak dapat dilupakan... sejarah percutian yang patut dikongsi-kongsi...
-Apa-apa saja karangan yang boleh menyerlahkan bakat korang dalam bentuk tulisan dan SEMESTINYA tulisan itu melebihi 150 patah perkataan dan nampak sebagai karangan atau tulisan yang berbakat.
-Menulis surat cinta kepada seseorang yang korang sayang dan minat sangat-sangat (kreativiti sendiri / khayalan / fantasi)
-Menulis surat rasmi versi kelakar/lucu dan yang tak patut korang hantar pun.(surat mintak kerja or surat behenti kerja)
- Pengalaman memasak BURGER Istimewa dan pengalaman memakang BURGER yang boleh menjeleskan peminat BURGER yang tegar.... (makang burger pun ada kreativiti ke)
-TETAPI segala tulisan yang berbau lucah atau adudomba atau kutukan atau umpatan dan kejian sesama sendiri dilarang sama sekali...aka tulisan bentuk negatif tidak DIBENARKAN ya.
Tujuan:-
-Tujuan benang ini dibuka untuk memeriahkan lagi BOD WR ini disamping nak bongkarkan bakat korang yang selama ini hanya pandai mengomen dan meminta n3..n3..n3 je....next..next..next je .
Apakata korang semua lak yang cuba nasib kat sini dan sebagai permulaannya memerah idea untuk berkongsi luahan rasa, isihati dan ceritera kisah korang yang nak dikongsi bersama...
- Tujuan UTAMA sebenarnya nak bagi korang rasa tacang-tacang yang murah kat sini.... yang bakal ditabur oleh MOD-MOD WR yang selama ini agak terhad nak ditabur sesuka hati.
-Dengan kata lain kiranya disini LUBUK KEDIT tuk korang yang gigih mengumpul kredit la. Sebab umah-umah lain senang nak dapat kredit tapi kat sini susah skit sebab bergantung kepada kreativiti dan kebernasan ayat-ayat komen korang tu.
-Kalau ada apa-apa buah fikiran dan idea yang kreatif lagi sila kongsi-kongsi bersama la... kita akan update dari masa ke semasa...
-Satu lagi sila gunakan ejaan yang betul dan penuh... shortform...trengkas dan tulisan ala-ala SMS tak dibenarkan ya..nanti kedit kena potong (tak serius pun nak potong kedit sbb takut orang tak faham nak baca).... kalau korang nak mix/campur bahasa jawa,bahasa kelate, bahasa bugis,bahasa Ganu dan Utara or English sekalipun tetap diterima asalkan para pembaca faham isi ceritanya... tapi kalau MOD tak faham dia bagi kedit ciput jela... (jangan marah tau...hahahaha)
-Benang ni hanya tuk suka-suka je.. sambil-sambil korang kutip tacang dan memenuhkan balang korang....
-
Sasaran:-
Ruangan in terbuka kepada semua tak kira penduduk tetap WR, penduduk asing (luar Bod WR), penduduk sementara WR atau pengunjung yang kejap ada kejap tak de... asalkan korang tidak bersembang bagai cam umah sembang tu..
Hanya garapan idea dalam bentuk tulisan dan karangan saja dibenarkan...untuk mendapatkan tacang sedap..
Harap dapat sambutan dan sokongan dari semua para forummer yang ada di dunia CARI ini. Terutamanya di BOD WR ni. Yang tengah duk SR-silent readers pun dialu-alukan gak agar korang beramah mesra dengan kawan-kawan yang aktif ni.
-Imbuhan/Hadiah:-
-Imbuhan kredit akan dibahagiakan mengikut tahap kreativiti tulisan itu sendiri...
-Kami tak ada sukatan berapa banyak tacang yang patut diberikan...itu semua bergantung kepada MOD-MOD yang bertugas banyak ke sikit ke tak kira... semuanya seikhlas hati kami nak beri berapa... (bergantung kepada level balang tacang kami yang ada ni...) so jangan komplin kalu dpt sikit je...+1 hehehe..org dpt banyak +50...
itu semua bergantung kepada kami yang nak diberi.
(Tacang memang terhad tapi nak ambik ati gak kami kena bagi la..) - statement ni akan diedit kalau ada bantahan kuat / cadangan dari MOD-MOD lain...
Sekian la... bermulanya disini... pencarian bakat-bakat terpendam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaza
Kalau mcm tu kami2 yg suka next next tu
kena berguru dgn sifu2 kat WR dulu le ya utk menajamkan jari jemari
kami supaya jadi lebih kreatif dan inovatif serta seangkatan dgnnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jaza
Kalau mcm tu kami2 yg suka next next tu
kena berguru dgn sifu2 kat WR dulu le ya utk menaja ...
uda08_za Post at 30-12-2010 12:38
uda...jari jemari hanya tahu taip huruf NEXT NEXT tanpa lihat keyboard...
Jaza...brilliant & fantastic idea...sapa nak go 1st.... |
|
|
|
|
|
|
|
Waduh waduuuhhh.....
next.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Pn. Momod,
Nak tegur sedikit ni --> -Satu lagi sila gunakan ejaan yang betul dan penuh... shortform...trengkas dan tulisan ala-ala SMS tak dibenarkan ya..nanti kedit kena potong.... kalau korang nak mix/campur bahasa jawa,bahasa kelate, bahasa bugis,bahasa Ganu dan Utara or English sekalipun tetap diterima asalkan para pembaca faham isi ceritanya... tapi kalau MOD tak faham dia bagi kedit ciput jela... (jangan marah tau...hahahaha).
Hehehehe~
Kepimpinan melalui tauladan.
* Ehem!
Dengan kata lain, kaedah penulisan mestilah menepati Bahasa Melayu Tinggi (BMT) / Bahasa Melayu Standard disamping menepati prinsip editorial (12pt, kata dari bahasa luar di ITALIC, bahasa pasar/tidak standard di BOLD).
Macam itu ke Cik Pn.Momod? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 30-12-2010 15:11
Reply 9# attokz
kalau nak diikutkan cara betul-betul penulisan BM memang kena ikut garis panduan yang betul la...
maksudnya... tak nak buat citer yang cam ni.." satu hr, aku gi mandi sg. kat kg. talam... skali trjmpa ular bsar dpn
pdg skolah...so aku lari ltng pkng xcukup tnh..." hr=hari, sg.=sungai...bsar=besar...
disebabkan ruangan ini hanya tuk tulisan kreatif demi nak kutip kredit dan memeriahkan lagi bod maka terpulang lah kat masing-masing nak campurkan bahasa-bahasa korang...sebab dalam perbualan pun korang ada mix bahasa gak..
kiranya bahasa pasar la... cuma yg tak dibenarkan tu ejaan ayat2 yang berkenaan dengan jalan cerita sebab tak semua orang kat sini faham apa perkataan yang dieja teringkas tu.....
ni bukan pertandingan menulis ya... ni hanya ruangan kreativiti tuk korek idea dan bakat korang ke....
errrkk... faham ke? kalau ada sesiapa yang tak setuju nak guna bahasa campur tu... boleh di olah balik...
sebab ini hanya peluang tuk para pembaca yang selalu komen-komen tu je... bukan niat nak memburukkan bahasa kebangsaan kita... harap faham la... just nak suka-suka je... tak guna bahasa standard pun tak apa... ni hanya permulaan tuk mereka yang nak cuba-cuba asah bakat je....
-->kalau ada editor penerbitan yang tak setuju silala buat bantahan ya... akan di olah balik dan disunting balik segala idea tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Pn. Momod,
Nak tegur sedikit ni --> -Satu lagi sila gunakan ejaan yang betul dan penuh... short ...
* Ehem!
Dengan kata lain, kaedah penulisan mestilah menepati Bahasa Melayu Tinggi (BMT) / Bahasa Melayu Standard disamping menepati prinsip editorial (12pt, kata dari bahasa luar di ITALIC, bahasa pasar/tidak standard di BOLD).
Macam itu ke Cik Pn.Momod?
attokz Post at 30-12-2010 14:55
rasanya tak perlulah macam tu sekali... sebab ni bukan pertandingan menulis...hanya nak asah bakat-bakat yang ada kat sini je...
yang bukan penulis pro... manatau ada yang belajar nak menulis dan cuba-cuba menulis cerita boleh di asah dulu kat sini dengan buat karangan dan luahan pelbagai.... tujuannya nak menarik ramai pembaca menambah kredit kat sini...
-kreativiti dan idea tersendiri tu yang lahir dari luahan spontan atau sejarah lama kalian je... tak semua orang pandai mengolah bahasa standard dan bahasa melayu tinggi seperti penulis.... kita bermula dari bawah...naik sikit ke atas...lama-lama kita jadi pandai mengolah dan menyusun bahasa dengan baik dan tertib.... jangan salah faham la... sbb kekadang jaza sendiri pun menulis/mengomen dgn ejaan ringkas... jadinya kat sini kita boleh saling membantu sesama kita apa yang patut dieja or taip , apa yang tak patut ditaipkan agar ia menjadi susunan ayat yang bagus dan bernas...
--> dah jadi isu perbincangan la pulak.. contoh karangan dah ada kat atas... tak perlu protokol sgt sbb ni ruangan suka-suka je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply attokz
kalau nak diikutkan cara betul-betul penulisan BM memang kena ikut garis pan ...
Jaza2008 Post at 30-12-2010 15:09
Selaku editor bebas, saya tak setuju!hehehehe~
Tapi, kuasa pemutus tetap ada di tangan Cik Pn. Momod.
* Alahai...namanya pun kreatif. Bagilah kelonggaran sikit (yang ini suara inner character AttOkz Dikulgai) |
|
|
|
|
|
|
|
salammmm jaz
aku sokongggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mulakan la ye Cik Pn. Momod.
================================================================
Seorang Anjing Seekor Manusia
Pagi itu, dingin dan sepinya suasana terbentur oleh salakan anjing. Salakan yang melangking tinggi di hujung jalan di pinggir kota. Kaki-kaki manusia yang sibuk berlari mengejar masa sedikit pun tidak pernah peduli untuk berhenti; bagi mengarahkan mata kepala melihat punca salakan yang bertalu-talu.
Lain benar bunyi salakan si anjing pagi itu.
Anomali.
Kuat dan nyaring. Seperti ada sesuatu.
Kepedulian dan perhatian akhirnya menjadi milik petugas majlis perbandaran; yang mengutip rezeki dengan membersihkan sampah yang dibuang khalayak kota. Dia melihat anjing yang menyalak kuat tadi menarik-narik satu bungkusan yang hampir tergajai dan terburai.
Tapi, matanya hampir tergajai juga bila melihat isi bungkusan itu.
Bayi lelaki!
Ahh! Dunia ini hampir hilang nilainya, kerana seekor manusia telah mencampakkan kemanusiaanya dengan membuang zuriat sendiri. Tapi, telah diselamatkan oleh seorang anjing yang tahu membezakan makanan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak setuju tak pe... sila lah buat cara bahasa standard je biar semua orang yang bac ...
Jaza2008 Post at 30-12-2010 15:31
tu dah ada post tu..hahahaha~
Ceh! mana tau ada peristiwa zaman kanak-kanak yang menarik ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
salammmm jaz
aku sokongggggg
wwannurr Post at 30-12-2010 15:20
jom kongsi bakat dan idea kreatif wan tu... nak tacang tak? |
|
|
|
|
|
|
|
tak pandailah nak mengarang ayat untuk dijadikan cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tudung_bawal at 31-12-2010 02:29
Atok, adik tak faham.....{:1_137:}
Sesekali bila berkeseorangan, aku pasti akan teringat kejadian lucu yang berlaku beberapa tahun lepas di antara ibuku dan anak saudaraku yang kami bahasakan sebagai adik. Adik, sangat comel dan nakal merangkap cucu kesayangan ibuku.
Adik juga sangat aktif dan suka memporak-perandakan keadaan rumahku setiap kali bertandang. Pada suatu hari, entah di mana silapnya adik telah mengoyakkan novel kesayangan ibuku (ibuku memang seorang kaki novel). Melihatkan muka atoknya sudah merah menahan marah, adik terus terpaku dan tidak bergerak buat seketika. Ibuku terus melantunkan suara memarahi adik tanpa sempat adik mempertahankan dirinya . Setelah beberapa minit, memuntahkan laharnya..ibuku akhirnya terduduk di atas sofa di ruang tamu rumah kami dan aku mengambil alih tugas untuk mencantumkan kembali helaian novel yang dikoyak oleh adik sebentar tadi .
Adik yang tadinya diam terkaku terus berjalan ke arah ibuku, kami semua beranggapan adik akan meminta maaf dari ibuku tetapi sebaliknya dengan muka selamba dan tanpa rasa bersalah dia telah meluahkan kata-kata yang membuatkan kami semua tergelak besar buat seketika.
Nak tahu apa yang di ucapkan oleh adik? Begini lebih kurang bunyinya ‘ Atok, tadi atok cakap apa? Adik tak faham la ......sebaik sahaja terdengar kata-kata itu, ibuku yang tadinya masih bermuram durja terus tergelak dan tersenyum . Rupa-rupanya kami semua terlupa bahawa adik hanyalah seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 3 tahun dan masih belum dapat menangkap semua perkataan yang dituturkan oleh ibuku. Memang sudah menjadi cara ibuku, bila terlalu marah..dia akan mula menggunakan bahasa Inggeris untuk menzahirkan kemarahannya . Lagi membuatkan adik bertambah tidak faham.
Kini, adik sudah mula bersekolah dan masih kekal sebagai cucu kesayangan ibuku walaupun jumlah novel dan buku kesayangan ibu makin banyak dikoyakkan selepas kejadian itu. Bila diadukan pada ibuku, jawabnya hanya satu....buku boleh beli baru, tapi adik hanya seorang aje...aduhai cucu atok...
p/s: sori kalau cite ni boring sket. TB tak reti sgt buat karangan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Motif utama entry ini bukan sekadar hendak menabur tacang ye kawan-kawan forummer sekalian . Tetapi juga untuk korang semua yang tak mempunyai idea yg banyak untuk menggarap novel yang panjang berjela tapi mungkin byk idea utk menggarap cerita pendek untuk di letak kan di sini.
Mek Jing harap ramai yang menyertai dgn garapan cerita pendek yang menarik / kreatif dan semua jom la mencuba. Tak salah untuk mencuba |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|