CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3645|Reply: 0

AS sapu bersih emas 4x100m lelaki, wanita

[Copy link]
Post time 27-8-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Kedua-dua kuartet 4x100m lelaki dan wanita AS bergambar kenangan selepas menyapu bersih acara lari berganti-ganti pada Kejohanan Olahraga Dunia di Pusat Olahraga Nasional, Budapest, Hungary awal pagi tadi. – Foto REUTERS

BUDAPEST: Amerika Syarikat (AS) mengungguli kedua-dua acara berganti-ganti 4x100 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia awal pagi tadi ketika bintang individu mereka Noah Lyles dan Sha'Carri Richardson menjadi pelari utama untuk melengkapkan minggu gemilang dengan tiga pingat.

Lyles menokok emas lari berganti-ganti dengan dua emas acara pecut individu manakala Richardson meraih emas 100m dan gangsa 200m.

"Ia sensasi, mengagumkan. Kami bertindak terlalu bagus. Ia di luar kawalan," kata Lyles.

"Saya sayangkan pasukan AS kerana setiap orang hadir di sini memikirkan 'saya akan menang'. Kami mampu melakukannya secara usaha sepasukan dan kemudian kami tidak boleh dihalang."


Ia penamat gemilang buat kuasa besar dunia olahraga itu selepas kekecewaan awal yang menyaksikan kuartet 4x400m wanita mereka dibatalkan susulan kegagalan baton pada separuh akhir.


Pelari utama AS, Noah Lyles melepasi garisan penamat untuk menjuarai acara 4x100m lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Di sebalik memiliki ramai bakat, pasukan lelaki AS tidak memenangi final Olimpik sejak tahun 2000 dan hanya satu emas daripada tujuh Kejohanan Dunia terakhir susulan beberapa siri kesilapan dan pembatalan.

Namun mereka kelihatan sempurna tanpa sebarang kesilapan awal pagi tadi ketika Christian Coleman, Fred Kerley, Brandon Carnes dan Lyles menang dengan masa 37.38 saat.

"Kami semua tahu kami pantas," kata Lyles. "Kami tidak perlu bimbang sama ada kami akan menang atau tidak. Ia hanya mengenai keserasian dan percaya antara satu sama lain. Seronok melakukan ini."

Juara Olimpik, Itali, dengan pemenang emas indidivu Tokyo, Lamont Marcell Jacobs sebagai pelari kedua, meraih perak dengan 37.62s manakala Jamaica merangkul gangsa 37.76s.



Sha'Carri Richardson menjerit kegembiraan selepas membantu kuartet AS memenangi acara 4x100m wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Richardson dan Gabby Thomas disenaraikan dalam pasukan wanita di samping Tamari Davis dan Twanisha Terry dan kuartet itu bertindak cemerlang apabila mencatat rekod kejohanan dengan masa 41.03s.

"Impian sebegini menjadi kenyataan," kata Richardson. "Saya hanya bangga mampu berada di sini bagi kejohanan dunia pertama saya dan melakukan perkara yang saya usahakan sepanjang musim."

Pertembungan pelari terakhir yang dinanti-nanti antara Richardson dan juara 200m dari Jamaica, Shericka Jackson tidak menjadi kenyataan apabila pelari AS itu menyambut baton satu meter jauh di depan dan langsung tidak dicabar.

Jamaica meraih pingat perak dengan 41.21s manakala Britain gangsa 41.97s. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... x100m-lelaki-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.143238 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list