View: 3007|Reply: 0
|
Arteta kritik pemain gagal ambil peluang
[Copy link]
|
|
PEMAIN Arsenal Fabio Vieira melakukan percubaan ke gawang lawan. -FOTO AFP
London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengkritik pasukannya kerana tidak menghukum Fulham yang beraksi dengan 10 pemain apabila pelawat menjaringkan gol awal dan lewat perlawanan untuk menyambar keputusan seri 2-2 di Emirates.
Andreas Pereira menjaringkan gol pada minit pertama apabila dia memintas hantaran Bukayo Saka untuk meletakkan Fulham di hadapan.
Kemasukan pemain gantian nampaknya mengubah permainan apabila Fabio Vieira diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Saka untuk menyamakan kedudukan sebelum Eddie Nketiah untuk meletakkan Arsenal 2-1.
Fulham kemudian kehilangan Calvin Bassey kerana dilayangkan kad merah tetapi masih berjaya menyumbat gol menerusi Joao Palhinha yang mengambil kesempatan daripada pertahanan yang lemah pada minit ke-87.
"Kami perlu menunjukkan satu lagi tahap komitmen dan keinginan. Dengan 10 pemain, anda tidak boleh melepaskan gol," kata Arteta yang marah.
"Sejak awal, kami sudah membenarkan gol. Anda menyukarkan hidup anda, tetapi pasukan bertindak balas dengan sangat baik.
"Kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang dan sepatutnya menjaringkan lima, enam, tujuh gol dengan mudah.
"Dan, apabila anda melakukan perkara yang paling sukar iaitu untuk kembali di hadapan menentang pasukan yang teratur anda perlu mempertahankan gawang anda.
"Ia adalah satu-satunya peluang yang mereka ada dan anda akan dihukum."
Arsenal menyasarkan untuk memenangi Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas terlepas peluang itu dengan kepada pemenang treble Manchester City musim lalu.
The Gunners nampaknya mempunyai kekuatan yang lebih besar pada musim ini selepas pembelian Declan Rice dan Kai Havertz.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gagal-ambil-peluang |
|
|
|
|
|
|
| |
|