CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2398|Reply: 0

[Kedah] "KDN sedang selesaikan isu anak keluarga Malaysia, bukan proses kerakyatan dari China'

[Copy link]
Post time 26-8-2023 02:09 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyerahkan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada Khathanak,19, dari Kampung Lubok Sengkuang, Bukit Kayu Hitam. NSTP/Noorazura Abdul Rahman

ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menolak dakwaan kementeriannya sedang memproses permohonan kerakyatan secara besar-besaran terutama membabitkan dari negara China.

Beliau mendakwa, dakwaan itu dilontar oleh pihak tertentu tanpa rasa tanggungjawab sehingga mempengaruhi pemikiran rakyat dan memberi perspektif yang buruk dan salah terhadap Kerajaan Perpaduan.

"Beri kami peluang untuk menyelesaikan isu masa depan anak-anak dari keluarga Malaysia, inilah yang sedang kami lakukan, dan bukan mudah kerana isu kewarganegaraaan ini sangat sensitif, tapi saya menepis sama sekali tohmahan menyebut bahawa ini adalah proses pemberian warga negara besar-besaran kepada warga asing terutama dari negara China.

"Tohmahan yang begitu dahsyat tanpa rasa tanggungjawab. Jadi beri kami ruang untuk menyelesaikan isu masa depan anak-anak dari keluarga Malaysia yang proses pendaftaran perkahwinan itu tidak dibuat secara teratur dan sekarang ini apabila masalah dan masalah ini banyak bilangannya kami nak membantu dari segi perkara ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bagi pembelian van jenazah kepada Masjid Ar-Raudhah, Sungai Durian Pokok Sena, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Saifuddin Nasution turut menyampaikan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada seorang penerima Khathanak,19, yang sebelum ini tidak mempunyai pengenalan diri sejak lahir.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan daripada jumlah itu sebanyak 9,000 sudah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Katanya, data yang diputar belit berkaitan pemberian kewarganegaraan itu akan turut memberi kesan kepada pemikiran rakyat terhadap usaha KDN menyelesaikan isu berkenaan terutama yang disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan oleh ibu bapa.

"Sebab puncanya adalah pelbagai, kadang-kadang ibu bapa gagal untuk segera membuat pendaftaran perkahwinan, sedangkan dalam kes kewarganegaraan pra syarat penting dokumen adalah sijil perkahwinan. Jadi apabila ada kekurangan itu lama kelamaan masalah timbul kepada anak-anak yang dilahirkan.

"Jadi bila mereka (ibu bapa) cuba betulkan itu, mereka angkat pulak permohonan, permohonan pulak mengambil masa yang lama, dalam kes ini 19 tahun, 20 tahun pun ada, 15 tahun itu biasa, 12 tahun lagi banyak. Jadi itulah yang saya sebutkan bahawa maksud memberi, mempermudahkan kelulusan kewarganegaraan adalah untuk kes mcm ini, ibu bapa orang Malaysia, anak lahir di sini," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia, kononnya untuk menjadi pengundi DAP.
https://www.bharian.com.my/berit ... laysia-bukan-proses

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062077 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list