|
BARISAN pemain Arsenal sudah melakar dua kemenangan. FOTO AFP
London: Mikel Arteta mengakui Arsenal masih jauh daripada prestasi terbaik mereka walaupun sudah memperoleh dua kemenangan daripada dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Gunners meraih kemenangan 2-1 ke atas Nottingham Forest pada perlawanan pembuka tirai liga sebelum menumbangkan Crystal Palace 1-0 di tempat lawan.
Menerusi kedua-dua kemenangan itu, Arsenal dilihat tidak mencipta banyak peluang, tetapi jelas cukup ampuh di bahagian pertahanan.
Pengurus Arsenal, Arteta sedar pasukannya kekurangan penyudah yang sempurna di hadapan gol sepanjang dua perlawanan itu.
Ditanya sama ada pasukannya sudah menghampiri tahap yang beliau mahukan, Arteta menjawab: "Tidak, kerana pemain perlu memasukkan bola ke dalam gawang gol dengan lebih kerap, terutamanya selepas kami dilihat menguasai permainan.
"Inilah perkara yang paling sukar dalam bola sepak. Jika anda gagal menjaringkan gol, maka anda perlu mengukuhkan posisi lain pula.
"Kami terlepas peluang terbaik ketika bertemu Forest dan begitu juga sekali lagi apabila bertemu Palace. Saya harap mereka dapat terus pamerkan aksi lebih baik."
The Gunners jelas merasai ketiadaan penyerang pilihan pertama mereka, Gabriel Jesus, yang masih diketepikan kerana kecederaan lutut.
Selepas dua perlawanan musim lalu, Arsenal sudah meledak enam gol, tetapi untuk musim ini jumlah itu berkurangan kepada separuh dan mereka kurang dibolosi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rsenal-lambat-panas |
|
|
|
|
|
|
| |
|