View: 773|Reply: 0
|
Hong Wan aset baharu Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
HONG Wan (kiri) pamer aksi cemerlang bersama JDT. FOTO BERNAMA
Kuala Lumpur: Kehadiran bekas pemain Wolverhampton Wanderers di England yang kini beraksi untuk Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan mampu membawa skuad Harimau Malaya ke satu dimensi lain.
Menurut bekas pemain Pahang sekitar awal 90an, Zamri Mazleh, sentuhan Hong Wan bakal menyuntik elemen 'intelligent' dalam permainan skuad kebangsaan yang sudah lama hilang dalam persembahan pasukan.
Jelas Zamri yang juga Presiden Veteran Bolasepak Melayu Malaysia, tonggak kacukan itu memiliki pakej lengkap sebagai pemain tengah bertahan yang mempunyai kebijaksanaan menggerakkan serangan, pembacaan bola yang tepat, rembatan jarak jauh yang padu serta penghubung yang dinamik, menjadikan Hong Wan cukup istimewa.
Malah Zamri tanpa berselindung menyamakan gaya permainan Hong Wan tidak ubah seperti legenda bola sepak negara, Datuk Ahmad Yusof yang pernah menjadi nadi utama di bagaikan tengah skuad Harimau Malaya suatu ketika dulu.
"Saya anggap pemilihan Hong Wan cukup bertepatan dengan gaya permainan bola sepak moden yang penuh dengan kepantasan.
"Hong Wan ada pakej yang baik sebagai pemain tengah, aset utama pemain itu adalah 'intelligent'. Dia bijak dalam menggerakkan bahagian tengah seperti mana yang dibuktikannya bersama JDT.
"Malah, dia juga ada tendangan yang 'power' macam dilakukannya ketika final Piala FA apabila dia melepaskan rembatan jarak jauh macam 'roket'.
"Saya anggap kehadiran dia akan beri nilai tambah dan ruang baharu yang boleh ditingkatkan oleh pasukan negara," katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia.
Semalam, pengendali negara Kim Pan-gon mengumumkan senarai 26 pemain untuk kem latihan bermula 29 Ogos ini bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Syria dan China di Chengdu, China, pada 6 dan 9 September ini.
Penyenaraian nama Hong Wan amat dinantikan dan pengalaman beraksi dengan skuad B-23 Wolverhampton Wanderers di England dari 2019-2021 pastinya ditagih skuad negara yang kini dalam persiapan menghadapi Piala Asia di Qatar, Januari tahun depan.
Selain itu, Zamri menjangkakan kehadiran 10 pemain JDT dalam skuad kendalian Pan-gon akan memudahkan tugas barisan kejurulatihan negara untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan itu.
"Kita tahu JDT sebuah pasukan yang sudah berada satu tahap ke depan berbanding kelab lain di Malaysia. Pemain mereka sudah ada keserasian yang jitu, jadi persefahaman yang baik itu akan di bawa dalam skuad negara.
"Dulu masa Sepanyol menang Piala Dunia 2010, kelab Barcelona menyumbang pemain paling ramai dan corak permainan sama turut di bawa ke pasukan kebangsaan dan akhirnya mereka jadi juara dunia.
"Perkara sama boleh jadi dalam pasukan Malaysia, di mana 'winning mentality' yang sudah ditanam di JDT akan di bawa bersama skuad negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... haru-harimau-malaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|