|
BENZEMA mempunyai hubungan tegang dengan Nuno. FOTO AFP
Riyadh: Karim Benzema mungkin digugurkan oleh Al-Ittihad kerana 'konflik tegang' dengan pengurus, Nuno Espirito Santo.
Pemenang Ballon d'Or berusia 35 tahun itu menyertai kelab Arab Saudi itu pada Jun lalu selepas meninggalkan Real Madrid.
Dia memulakan kehidupan di Timur Tengah dengan meledak tiga gol dalam empat perlawanan di Piala Juara-Juara Kelab Arab.
Bagaimanapun, pemain bintang bergaji £3.3 juta (RM19.4 juta) seminggu itu gagal meledak gol dalam dua perlawanan pembukaan liga, yang menyaksikan Al-Ittihad memenangi perlawanan itu.
Menurut media Saudi, Asharq Al-Aswat, Nuno sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan Benzema daripada kesebelasan utamanya.
Hubungan antara legenda Real Madrid dan bekas ketua jurulatih Tottenham itu dilaporkan tegang.
Nuno dikatakan tidak meminati gaya permainan Benzema dan difahamkan ia bukan keputusannya untuk menandatangani pemain Perancis itu.
Sementara itu, Benzema dikatakan mengadu dilayan secara tidak profesional oleh jurulatihnya sekali gus ia mengeruhkan lagi keadaaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-bakal-goyang-kaki |
|