|
Harry Kane bersama pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel (kanan). - Foto AFP
MUNICH: Legenda Jerman dan bekas pemain tengah Bayern Munich, Lothar Matthaus mendakwa Tottenham memaksa kelab itu membayar harga tinggi untuk Harry Kane.
Juara Bundesliga berkenaan membeli Kane pada harga 100 juta pound (RM585.66 juta) selepas beberapa kali rundingan diadakan.
Bagi Matthaus, harga diletakkan Tottenham untuk Kane terlalu tinggi bagi pemain berusia 30 tahun.
"Pengurusan Bayern 100 peratus yakin terhadap Harry Kane. Sebab itu mereka sanggup membayar jumlah itu.
"Tetapi saya juga rasa Bayern diperas ugut oleh Tottenham. Tambah sejuta lagi, sedikit lagi. Mereka benar-benar mahukan pemain ini.
"100 juta untuk pemain 30 tahun - Lewandowski tiga tahun lebih tua ketika dia menyertai Barcelona pada harga 50 juta euro (RM245.98 juta). Saya rasa ia berbaloi," kata Matthaus.
Perpindahan Kane ke Bayern memecahkan rekod kelab. Lucas Hernandes, yang bernilai 68.3 juta pound (RM400 juta) pada tahun 2019, memegang rekod itu sebelum ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... kane-terlalu-tinggi |
|