|
Chukwuemeka terpaksa rehat enam minggu
Pemain Chelsea, Carney Chukwuemeka (kiri) menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di Stadium London. - Foto AFP
Previous
Next
LONDON: Pemain remaja Chelsea, Carney Chukwuemeka bakal direhatkan selepas menjalani pembedahan lutut semalam.
The Blues mengesahkan berita itu hari ini selepas pemain 19 tahun berkenaan cedera ketika kekalahan 3-1 kepada West Ham pada Ahad.
Chukwuemeka menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika menyamakan kedudukan pada minit ke-28, namun cedera di akhir babak pertama sebelum ditukarkan pada babak kedua.
Chukwuemeka dijangka terpaksa berehat sehingga enam minggu selepas pembedahan lutut.
"Saya gembira dapat menjaringkan gol pertama untuk Chelsea. Saat yang sudah lama saya impikan, sejak saya kecil lagi.
"Sedikit malang tetapi saya akan kembali lebih kuat. Terima kasih peminat Chelsea di atas sokongan. Jumpa lagi dalam masa terdekat," kata Chukwuemeka.
Ia adalah kecederaan terbaru Chelsea selepas kapten baharu, Reece James cedera hamstring ketika latihan dan terpaksa berehat sebulan.
Pemain baharu, Christopher Nkunku juga cedera di bahagian lutut ketika latihan pra-musim dan tidak akan beraksi sehingga Disember.
Wesley Fofana menjalani pembedahan lutut ketika musim panas dan akan direhatkan untuk tempoh yang lama. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-rehat-enam-minggu |
|