GAYA De Jong selepas menjaringkan gol penyamaan Rangers.
Paris: Jaringan lewat Luuk de Jong membolehkan PSV Eindhoven seri 2-2 di Rangers dalam aksi peringkat pertama play off Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Gergasi Belanda itu yang mahu membalas dendam kekalahan kepada Rangers pada peringkat sama kejohanan tahun lalu berjaya menyekat tuan rumah untuk mengulangi keputusan peringkat pertama 12 bulan lalu.
Tahun lalu Rangers mara selepas menang 1-0 dalam aksi kedua di Belanda tetapi perlukan satu lagi kemenangan mengejut minggu depan untuk menempah tempat ke peringkat kumpulan.
"Saya tak fikir mereka memandang rendah kami tetapi kami perlu waspada," kata pengurus Rangers Michael Beale kepada TNT Sports.
"Ini adalah pasukan PSV yang belum lagi tewas sejak Februari dan kami hampir melakukannya malam ini."
Dalam perlawanan lain Royal Antwerp mencerahkan peluang mereka beraksi kali pertama di Piala Eropah sejak musim 1957-58 selepas menang 1-0 ke atas AEK Athens di Belgium.