View: 495|Reply: 0
|
Faith, Barshim cipta sejarah
[Copy link]
|
|
FAITH meraikan kemenangan dalam acara 1500m wanita. FOTO AFP
Budapest: Atlet Kenya Faith Kipyegon mencipta kejayaan bersejarah selepas memenangi pingat emas ketiganya dalam acara 1500 meter (m) wanita di Kejohanan Dunia awal pagi tadi.
Jaguh lompat tinggi Qatar Mutaz Essa Barshim pula terlepas emas keempat namun muncul atlet lelaki pertama memenangi lima pingat acara itu.
Faith mempamerkan larian bertenaga untuk menambah satu lagi koleksi emas selepas memenangi acara itu pada 2017 dan 2022.
Bagi Faith, 29, kejayaan itu melengkapkan pencapaian gemilangnya selepas memecahkan tiga rekod dunia.
AKSI Barshim dalam acara lompat tinggi. FOTO Reuters
"Saya berkata kepada diri sendiri, 'Anda adalah yang terkuat dan hanya perlu teruskan," kata Faith.
"Saya mengejar sejarah hari ini dan mengejar gelaran. Gembira dapat melakukannya."
Barshim mendapat sokongan padu penonton pada percubaan ketiga dan terakhirnya di ketinggian 2.36m namun gagal dan hanya berpuas hati dengan pingat gangsa menerusi catatan 2.33m manakala emas milik jaguh Itali Gianmarco Tamberi (2.36m).
"Saya anggap gangsa ini sejarah," kata Barshim kepada AFP.
"Dalam apa sahaja pertandingan, cita-cita kami ialah emas dan kemenangan. Tetapi inilah sukan.
"Dengan gangsa ini, saya muncul satu-satunya atlet dalam sejarah sukan lompat tinggi meraih lima pingat di kejohanan dunia dan saya sangat bangga pencapaian ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rshim-cipta-sejarah |
|
|
|
|
|
|
| |
|