View: 1191|Reply: 3
|
Suka Makan, Jisoo Sukar Berdiet
[Copy link]
|
|
Anggota kumpulan Blackpink, Jisoo sebenarnya berdepan kesukaran untuk mengamalkan diet memandangkan dia gemar menikmati makanan.
Menerusi satu hantaran dalam Instagram Story, Jisoo mengakui sedang berlawan dengan dirinya sendiri agar tidak makan makanan tidak sihat.
Pada masa sama, dia kempunan untuk makan makanan tersebut yang juga merupakan makanan kegemarannya.
“Saya kena diet tapi saya lapar, susahnya mahu diet, saya macam berlawan dengan diri sendiri sekarang, saya kena kuat untuk tidak makan berlebihan.
“Rindu donat dan kopi. Teringinnya nak makan donat dengan kopi kegemaran saya, seronoknya kalau dapat,” tulisnya.
Berat Jisoo difahamkan hanyalah 44 kilogram, namun dia sedaya upaya mengekalkan berat badannya itu agar kekal langsing dan ideal sebagai idola pujaan ramai.
Sumber: HibGlam |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Nak jadi idolat punya pasal terpaksa menskeletonkan diri, pura2 happy & pose cute jadi robot je. No wonder ramai geng kau bunuh diri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|