View: 2384|Reply: 2
|
Belum Puas Enjoy Gaji Anak, Ibu Mentua Cemburu Menantu Diberi Nafkah
[Copy link]
|
|
Setiap wanita pasti mengimpikan dapat berhubungan baik dengan keluarga terutama ibu mentua.
Namun, tidak dinafikan ada menantu dan ibu mentua yang kurang baik hingga ada yang bermasam muka dan lebih buruk, bermusuhan.
Dan kebanyakan rumah tangga yang ada campur tangan daripada mentua selalunya menjurus kepada kehancuran.
Gambar hiasan
Seperti yang diceritakan di TikTok, seorang wanita menceritakan mengenai ibu mentua yang seolah-olah tidak berpuas hati apabila pendapatan bulanan anaknya turut diagihkan kepada si isteri.
Walaupun ia jelas merupakan wang nafkah, ibu mentuanya merasakan dia lebih layak menerima wang berkenaan lantaran sudah bersusah payah membesarkan lelaki itu dari kecil.
Rupa-rupanya, lelaki berkenaan baru sahaja memasuki dunia pekerjaan dan dia belum puas merasai titik peluh kejayaan seorang anak.
Berat hatinya apabila terpaksa berkongsi kesenangan dengan menantu, apatah lagi isteri anaknya itu merupakan suri rumah yang tiada pendapatan sendiri.
Difahamkan, wanita itu kerap mengirim duit, hadiah atau buah tangan untuk ibu mentuanya, namun dia tetap cemburu dan tidak mahu berkongsi kasih si anak walau dengan menantu sendiri.
Hinggakan satu tahap, dia merasakan seoalh-olah ibu mentuanya mahu dia pergi dari kehidupan mereka dua beranak. - CARI
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
omputih kata "emotional incest" |
|
|
|
|
|
|
| |
|