CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1146|Reply: 1

[Johor] 124 kes HIV baharu direkodkan di Johor

[Copy link]
Post time 15-8-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 124 kes HIV baharu direkodkan pada minggu Epid 32/2023 di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu menjadikan sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga hari ini.

Jelasnya, daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).

“Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (tujuh), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.

“Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.

Bagi kes AIDS pula, Tian Soon berkata, sebanyak 164 kes dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini berbanding 147 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, dalam tempoh itu, kematian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyqak 10 kes dan 31 kes.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... irekodkan-di-johor/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 12:30 PM | Show all posts
Sudah ada thread yg sama lebih awal. tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070464 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list