View: 2798|Reply: 15
|
Wanita Menangis Tak Dapat Naik Cruise, Tak Tahu Kena Renew Pasport 6 Bulan Sebelum Expired
[Copy link]
|
|
Tidak seperti dahulu yang hanya terbuka kepada orang berada, kini percutian di atas kapal mewah cruise boleh dinikmati sesiapa sahaja dengan harga yang tidak terlalu 'kayangan' ditawarkan agensi pelancongan.
Pun begitu, malang nasib seorang wanita bernama Azura apabila penantiannya selama berbulan-bulan mahu membawa keluarga bercuti menaiki kapal cruise ranap sekelip mata.
TikTok
Setibanya pada hari bertolak di Port Klang Cruise Terminal, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak imigresen (kecuali seorang anak) gara-gara masalah pasport yang hampir tamat tempoh.
Dia yang tidak tahu mengenai prosedur pasport yang perlu diperbaharui cukup terkilan kerana maklumat penting sebegitu tidak dimaklumkan agensi pelancongan terbabit.
Hatinya bertambah pilu apabila si anak sudah terlalu teruja menyaksikan cruise depan mata mereka dan tiada siapa menduga percutian mereka terpaksa dibatalkan di saat akhir.
Difahamkan, ejen terbabit juga tidak menjawab panggilannya dan berharap kos sebanyak RM5,000 dipulangkan semula ataupun tiket cruise sama digantikan dengan trip lain.
Menerusi ruangan komen, ramai juga netizen mempertikaikan mengapa ejen pelancongan tidak memaklumkan tentang urusan memperbaharui pasport kepada Azura.
Dalam isu ini, mereka menyifatkan wang harus dipulangkan semula kepada Azura.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Ayo macam mana boleh jadi lagu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu nak travel, passport mmg kena valid 6 months from travel date....bukan masalah kena renew 6 months before expired. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah jadi kat weols juga, sebab tersalah kira 6 bulan tu. nasib baik dapat rearrange flight pagi kepada petang, lepas tu shoot terus pergi Imigresen untuk renew. Terpaksa keluar kos untuk arrange flight (+RM400) & passport baru (+RM200).
Ni naik cruise plak kan, redha jela sis |
|
|
|
|
|
|
|
i tot semua yg memiliki passport tau hal ni..
ahahaha aku xpenah ada passport pon tau yach |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by She-Ra at 15-8-2023 01:03 PM
errrr.. takkan dia pn tatau kot
tak pepasal.. yg agent pun terlepas pandang kah?
tp iols ada kes seram suam suam kuku berkenaan dgn paspot ni
tak penah2 jd sepanjang travel sana sini.. kita yg duk peringat kt kwn2 ada la
paspot iols tertinggal dlm flight!! "harini hari bodoh saya tuan"
boleh iols letak paspot tu kt pocket tray depan, landed je,keluar la la la la ambik video sambil seluk poket beg cari paspot.. seluk2 tak jumpa.. terus lari meluru ke kapal, tp staff tahan.. dia suruh tunggu sambil petugas cek
beberapa kali cek, katanya takde.. pung pang pung pang, tinggal no phone agent di srinagar pd officer spicejet, kot dijumpai, mudah utk dia call
terus pegi tourism, ambik permit (trekking di kashmir great lakes), dan bawa report/permit tu ke balai polis india. haaa mengadap inspector sahab ni pun satu cerita seram seram lawak.. ada ke patut pegawai yg nk iring masuk balai tu RELOAD senapang dpn aku... ko ghase??? gelabah aa, terus menyorok belakang agent.. agent bantai gelak.. sabar je aku...
selesai buat report, inspector sahab tu hanya cop pd report bertulis dr agent sebab katanya kalau paspot tertinggal dlm flight, tak mungkin hilang.. jd utk memudahkan pergerakkan iols, officer police tu cop surat berkenaan sambil senyum dan berkata "don worry mem, u're our guest & we're muslim"
odw balik ke hotel, agent call kedutaan malaysia di Delhi, katanya sijil/surat boleh dpt dlm masa sehari je. jd sampai je Delhi, terus ke kedutaan bg report polis, selebihnya selesaikan masa tiba di Malaysia.. letak je fon, ada call masuk.. iols tak paham apa dorg borak tp tang "tq sir tq.. when i can collect the passport".. terus iols tanya driver "they found my passport" "YES" katanya... terus mengalir airmata iols noqqq pasport iols tiba di srinagar dr delhi jam 7pm.. pasport tu dijumpai masa flight yg sama landed di delhi. staff & petugas yg cek berkali2 dan kata takde tu, entah camne dia cek.. cek kt seat aje kot tanpa selak2 pocket dpn... sabar jela
pengajaran betul.. ko travel sana sini pun, bila benda dh nk jd atas kecuaian sendiri, jadilah ia... alhamdulillah dipermudahkan segala urusan dan dijumpai
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia nak salahkan agen sedangkan urusan passport tu atas dia sendiri..
agen bukan kisah pun bila passport kena renew..
dia hanya jual package dia je..
nak kata tak pernah travel, ada passport masing-masing..
mana-mana page travel pun mesti ada cerita pasal passport kena renew or tak boleh due 6 mths from travel date..
kalau pun pihak malaysia bagi lepas, negara kau nak masuk tu belum tentu bagi lepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ade mention founder sekian sekian makanya dh bole faham nape dia tak bole fikir nk renew |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah ada tulis ke dalam passport valid 6 bulan sebelum tamat tempoh...?
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan ar, tp to be safe, seminggu sebelum travel, gi la chek kt imegresen, tgk boleh keluar negara ke tak?
mana tau ptptn tak tak bayar ke , income tax tak declare, bayar ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
peliknya cruise tu of course lah akan stop kat thaiand atau singapore kan takkanlah dia tak boleh terpikir bila masuk border negara lain jer kita kena cop passport!
setiap pemilik passport patut kena tau lah pasal nih .. passport validity kena ada 6 month pada tarikh nak depart ... bukannya selagi passport tak exp maknanya dia masih valid!
harap kita semua dijauhkan drp sifat lalai ... |
|
|
|
|
|
|
|
yg benarnya dia nak duit balik..tu je
BOLO..kata robert |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu I nak travel dulu, agent minta hantar salinan passport untuk urusan booking tiket. So, dari situ pihak agency tahu bila passport kita akan tamat tempoh, dan agency yang prihatin akan beritahu suruh kita renew passport kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah renew passport tu tanggungjawab dia, tapi selalunya pihak travel agency akan sehabis baik buat yang terbaik untuk keselesaan clients mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
pasport siapa punya?siapa pegang?kenapa x aware dah nk expiry?travel agent mmg jual package je dorg mana kisah pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2nya..dah excited nak bercuti naik cruise.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|