CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1662|Reply: 0

Varian baharu COVID-19, Eris, meningkat di AS, Eropah, Asia

[Copy link]
Post time 15-8-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

Ibu pejabat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS


NEW YORK: Jangkitan dan jumlah kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia mencatat peningkatan dipercayai akibat varian baharu EG.5 'Eris'.

EG.5 atau Eris, subvarian Omicorn yang mula dikesan pada November 2021, dikategorikan sebagai 'varian berkepentingan' (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mutasinya berpotensi menyebabkan wabak itu mudah berjangkit atau lebih serius.

Namun, WHO memaklumkan varian itu dilihat tidak mencetus ancaman kepada kesihatan awam ketika ini, selain tiada bukti menunjukkan peningkatan kes serius yang berkait secara langsung dengan EG.5.

Setakat 8 Ogos lalu, WHO merekodkan EG.5 di lebih 50 negara dan menjadi subvarian paling banyak dan cepat merebak di AS, dengan anggaran kira-kira 17 peratus daripada kes COVID-19 di negara itu sekarang.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS merekodkan peningkatan lebih 40 peratus kemasukan ke hospital akibat COVID-19 berbanding Jun lalu, namun masih 90 peratus lebih rendah daripada kemuncak penularan Omicron pada Januari tahun lalu.

Jumlah virus yang dikesan dalam air buangan di sekitar AS serta jumlah pemberian mingguan ubat Paxlovid kepada pesakit COVID-19 juga meningkat dengan ketara sepanjang bulan lalu.

Syarikat farmaseutikal Pfizer/BioNTech SE, Moderna dan Novavax sudah membangunkan vaksin terbaharu yang menyasarkan satu lagi subvarian Omicron, XBB.1.5, dan EG.5 hampir sama seperti subvarian berkenaan.

Bagaimanapun, EG.5 mengandungi satu mutasi pada protein pepakunya, iaitu bahagian pada virus yang menjadi sasaran vaksin.

XBB.1.5 muncul pada hujung tahun lalu dan menurut CDC, ia masih bertanggungjawab terhadap lebih 10 peratus jangkitan setakat 5 Ogos lalu.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Pengarah CDC, Dr Mandy Cohen, menjangkakan vaksin baharu itu akan tersedia secara meluas di AS menjelang minggu ketiga atau keempat bulan depan.

Beliau tidak menyentuh mengenai varian Eris secara khusus namun menegaskan data setakat ini menunjukkan vaksin dan ubat COVID-19 masih berkesan terhadap virus itu di sebalik mutasi yang berlaku. - REUTERS
Ogos 15, 2023 @ 9:55am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 1.171155 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list