View: 1548|Reply: 1
|
[Johor]
Kanak-kanak disyaki didera ibu, rakan ceria bersama bapa, datuk
[Copy link]
|
|

KHAIRIN-Nisa meraikan hari lahir kanak-kanak mangsa dera bersama bapa, datuk ketika dirawat dihospital. FOTO Ihsan FB Khairin-Nisa
Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lalu akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris atau orang yang layak dan sesuai, di Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata kanak-kanak itu dilihat ceria ketika bersama bapa, bapa saudara dan datuknya semasa lawatan beliau ke di sini, semalam.
"Saya juga sudah memberikan sumbangan kepada kanak-kanak itu bagi menceriakan lagi perasaannya. Di kesempatan itu juga, kami bersama-sama meraikan ulang tahun kelahirannya bersama bapa kandung, bapa saudara dan datuknya yang datang dari Kedah.
"Tidak pernah terlepas daripada senyuman, saya berharap agar kanak-kanak ini membesar dengan tabah dan kuat," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau malam tadi.
Khairin-Nisa turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Pelindung Kanak-Kanak dan pihak HSI terutamanya pakar pediatrik hospital kerana menjaga dan memberikan hak yang sepatutnya kepada kanak-kanak berkenaan.
"Turut berterima kasih kepada Penghulu Mukim Plentong Daerah Johor Bahru Tok Mohd Nurul Faiz Aman, yang bersama-sama ketua-ketua kampung dan Komuniti Pr1ma Bandar Layangkasa yang peka dengan keadaan kanak-kanak itu dan segera bertindak.
"Diingatkan kes penderaan kanak-kanak boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun, atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya," katanya.
Sabtu lalu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya, warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak itu.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bersama-bapa-datuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah maknya sanggup cat dinding dgn yindon gobl*k ni oiiiiiiiiiiiiiii lepas tu tagteam dera anak. Moga mamp*s keduanya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|