CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2914|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRN: Pengundi masyarakat Siam tunai tanggungjawab

[Copy link]
Post time 12-8-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Pengundi masyarakat Siam tunai tanggungjawab



BERNAMA



Pengundi Masyarakat Siam, Kuat Din Shai (kiri) bersama jirannya I From Eput (kanan) dan Wandy Ai Yem (tengah). - FOTO BERNAMA



Kuala Nerang: Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Walaupun berkerusi roda akibat jatuh tangga tiga bulan lepas, Sathaphorn, 50, yang merupakan pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pedu ternyata bersemangat dan sabar menunggu giliran untuk mengundi.

Sathaphorn yang dibawa jirannya Cha Trie, 40, ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Naka berkata beliau mahu memastikan undinya dikira bagi memilih pemimpin berwibawa yang mampu membantu rakyat di kawasan itu.

"Saya tidak pernah ponteng mengundi dan hari ini dibawa oleh jiran ke pusat mengundi menggunakan motosikal sebab kaki kanan patah selepas terjatuh semasa bekerja di Kuala Lumpur.

"Hari pengundian penting sebab nak pilih pemimpin yang bertanggungjawab untuk negeri ini, sebab itu saya datang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Senada dengannya, Nongnut Bonkeaw, 49, dari Kampung Baru Naka berkata menjadi hak warganegara Malaysia untuk memilih pemimpin yang boleh mentadbir dengan baik sepanjang tempoh lima tahun berkhidmat bagi masyarakat setempat.

Nongnut berkata satu undi daripadanya mampu menjadi penentu masa depan anak cucunya terutama bagi memastikan masyarakat Siam berjaya dalam bidang pendidikan.

Seramai 28,586 orang pemilih layak mengundi bagi Dun Pedu yang membabitkan 51 saluran mengundi.



Disiarkan pada: Ogos 12, 2023 @ 3:01pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 06:06 PM | Show all posts
me and my friends 2050 nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054360 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list