CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2751|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRN: Suami isteri beriringan naik kerusi roda pergi mengundi

[Copy link]
Post time 12-8-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Mat Nordin dan isteri Noriah menunjukkan jari masing-masing yang mempunyai kesan dakwat selepas menunaikan tanggungjawab membuang undi di SJKC Pei Yu, Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri warga emas mencuri tumpuan apabila kedua-duanya tiba secara beriringan ke pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu di sini dengan berkerusi roda.

Mat Nordin Mat Aroff, 75, berkata, dia dan isterinya, Noriah Saad, 69, dihantar ke situ dengan menggunakan kenderaan milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertugas pada hari pengundian itu.

“‘Depa mai’ (mereka datang) ambil kami kat rumah dalam pukul 9.30 pagi dan akan hantar kami pulang lepas (sebaik sahaja) kami habis (selesai mengundi).

“Anak-anak ada tapi depa mai ‘asing-asing’ (berasingan) sebab ada yang tempat mengundi pun tak sama. Dah ada kemudahan macam ni kami gunalah,” katanya kepada pemberita, di Kepala Batas hari ini.

Mat Nordin yang tinggal di Kampung Datuk di sini berkata, meskipun berkerusi roda mereka tetap bersemangat untuk keluar mengundi awal.

“Kami ada masalah saraf. Tapi, dia (isteri) kena dulu. Saya baru sahaja (kena). Kami juga sebenarnya boleh jalan lagi tapi dekat-dekat sahajalah.

“Tapi, kalau macam ni (datang mengundi) memang kena naik kerusi rodalah sebab tak tahan untuk berjalan lama (dan jauh),” ujar bapa kepada lima orang anak itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... oda-pergi-mengundi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 06:08 PM | Show all posts
aw comel je. rindu mak ayah dekat kampung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.443218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list