CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4172|Reply: 25

[Politik] Kemas kini: Kelantan terendah, tidak capai 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

  [Copy link]
Post time 12-8-2023 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 12-8-2023 05:34 PM

Kemas kini:
Kelantan terendah, tidak capai 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang




PENGUNDI berswafoto bagi merakamkan kenangan selepas mengundi ketika tinjauan sekitar DUN Dengkil. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

  • Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
  • 12 Ogos 2023, 5:09 pm


  • PUTRAJAYA: Negeri Kelantan mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu tidak mencapai 60 peratus atau hanya 56 peratus pada hari pengundian biasa sempena Pilihan Raya (PRN) setakat pukul 4 petang tadi.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagaimanapun, hanya Terengganu merekodkan 70 peratus, manakala lain-lain negeri sekitar 60 peratus.
[

Bagi negeri Kedah, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68 peratus, diikuti Pulau Pinang 67 peratus dan Selangor 65 peratus.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pula merekodkan 67 peratus.

SPR memaklumkan, peratusan keseluruhan akan dikeluarkan selepas pukul 6 petang atau waktu mengundi tamat yang dikemas kini dalam kenyataan media pada lewat malam nanti. – UTUSAN








Kelantan terendah keluar mengundi setakat 11 pagi
August 12, 2023 @ 12:30pm




Warga emas yang berkerusi roda, Aminah Zakaria, 74 (tengah) bersama anak dan cucu, tiga generasinya menunjukkan jari mereka yang berdakwat selepas selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, Kelantan. - Foto NSTP/Nor Amalina Alias

PUTRAJAYA: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi tadi menunjukkan Kelantan terendah pada 26 peratus, diikuti Negeri Sembilan (27 peratus), Selangor (28 peratus), Pulau Pinang (29 peratus), Kedah (32 peratus) dan Terengganu tertinggi pada 33 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah mengundi di PRK Parlimen Kuala Terengganu 30 peratus setakat 11 pagi.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Sementara itu tinjauan BERNAMA mendapati cuaca di kebanyakan kawasan di enam negeri yang terbabit PRN dilaporkan cerah dan baik serta mendorong pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.

PRN membabitkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/08/1139236/kelantan-terendah-keluar-mengundi-setakat-11-pagi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerah2 je hujan lebat le sini.  Pergi pagi tadi kul 8 lebih still hujan tapi dah ramai beratur dah.  Masa nak balik dlm kul 9 lebih dah renyai org start dtg.  Tutup kul 6 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai dah sedar celik perlembagaan setelah kena kencing dgn PN konon kerajaan bakal tumbang..

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:40 PM | Show all posts
kenapa yang tudung cream tu tersengeh gitu? macam nak tak nak jah senyum ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai gak org kelantan kerja gomen malas nk kelik kg ngundi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 03:04 PM | Show all posts
Suasana pusat mengundi di Kelantan suram, jauh berbeza PRU15

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
August 12, 2023 @ 2:49pm




Suasana pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Badak suram dan jauh berbeza jika dibandingkan pada PRU15. - Foto NSTP/Nor Fazlina Abdul Rahim



PASIR MAS: Suasana di kebanyakan pusat mengundi di Kelantan lengang dan suram berbanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tinjauan di beberapa lokasi pusat mengundi sehingga jam 2.30 petang mendapati hanya segelintir pengundi yang hadir dan kemeriahan pilihan raya seperti November tahun lalu tidak dirasai.

Keadaan itu juga dikatakan berpunca daripada ramai pengundi luar tidak pulang memandangkan hari mengundi pada pertengahan bulan.

Perkara itu turut diakui petugas di pusat mengundi yang mengakui agak terkejut dengan suasana hari ini.


Beliau yang enggan dikenali berkata, keadaan hari ini jauh berbeza berbanding ketika bertugas pada PRU15.

"Jika sebelum ini sehingga jam 2 petang sudah ramai yang mengundi dan keadaan meriah, namun kali ini agak suram dan mungkin ramai yang tidak pulang.

"Saya jangkakan keadaan hari ini semeriah sebagaimana PRU15, namun rupanya jauh berbeza," katanya ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Badak.

Terdahulu, peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi tadi menunjukkan Kelantan terendah pada 26 peratus, diikuti Negeri Sembilan (27 peratus), Selangor (28 peratus), Pulau Pinang (29 peratus), Kedah (32 peratus) dan Terengganu tertinggi pada 33 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah mengundi di PRK Parlimen Kuala Terengganu 30 peratus setakat 11 pagi.


https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/08/1139312/suasana-pusat-mengundi-di-kelantan-suram-jauh-berbeza-pru15















Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2023 03:11 PM | Show all posts
Ada kemungkinan PH BN boleh menang di Kelantan bila peratusan keluar mengundi rendah dan perantau kurang balik dari kl. Kalau pas menang pun, paling tidak bilangan kerusi BN akan bertambah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku ckp sbb bukan pru.
Time pru semangat dia lain macem sikit nk blk mngundi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat status wasap aku tgk elok je deme duk balik Kelantan ganu..kat FB ade yg br bertolak lps subuh..cousin aku kat rantau tu kul 8 dah mengundi ke tok mat kesayangan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 04:31 PM | Show all posts
ultra78 replied at 12-8-2023 03:11 PM
Ada kemungkinan PH BN boleh menang di Kelantan bila peratusan keluar mengundi rendah dan perantau ku ...

Perantau pulang dari KL pun masa musim Hari Raya dan Tahun Baru Cina (CNY) serta Deepavali aje.. Inikan pula hari mengundi..

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer check dekat LPT mana tau ramai masih sangkut jem
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 04:52 PM | Show all posts
mngkn mereka dh sedar slogan no anwar no dap

sekarang love anwar khadam dap
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahah semua tempat sendu, terkejut iols pestime ngundi waktu pg ingatkan kena beratur lama sekali 5 minit jaa

Yg meriah org meniaga tepi jln jelaa pengundi 18 tak nampak sgt pun
Masa PRU aritu panjang giler dorang beratur sampai turun tangga. Sbb kelas dorang tingkat atas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 05:56 PM | Show all posts
tudiaaa takde orang langsung
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg x nak undi ni mesti dh meluat sangat ngan ph. Bukan blh tukar gomen pun klau p undi...ramai org cakap kelantan dapat kat pn sebab org kata org yg merantau balik undi pn. So klau ikut logik tu kelantan boleh tumbang kat ph la sebab org luar x balik kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:46 PM | Show all posts
kenapa kaka rasa prn ni buat tgh bulan supaya ada negeri jatuh tukar pemerintahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 07:01 PM | Show all posts
Semoga PAS Kelantan jatuh malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Roh roh roh neh neh neh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:26 PM | Show all posts
Ramai anak muda x kira mana bangsa pun mcm boikot PRN kali ni.. Dgrmalas kat Selangor golongan muda cina pun kurang mengundi........ Rasa dia org pun bosan nk keluar ngundi sbb baru saja PRU.. Alang2 baik tunggu PRU baru berbaloi mengundi.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 12-8-2023 07:14 PM
Roh roh roh neh neh neh

"Sama-sama dayung bahtera,
Dayung arah kota permata;
Sama-sama bangun negara,
Junjung titah lupa sengketa."
-DAP

"Dayung arah, kota permata,
Handal panglima, jadi hikayat,
Junjung Titah, lupa sengketa,
Ayuh bersama, demi rakyat."
-Umno

Roh roh roh
Neh neh neh
Buang yg keroh
Ambil yg jerneh
- PAS


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 1.292343 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list