CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7426|Reply: 4

[Politik] Jawatan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang diwujudkan khas untuk saya. Dakwa P Ramasamy

  [Copy link]
Post time 11-8-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
P Ramasamy mendakwa jawatan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang diwujudkan khas untuknya disebabkan kedudukannya dalam masyarakat.

PETALING JAYA: Bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy, yang mengumumkan keluar parti semalam, berkata beliau tidak perlu DAP untuk membantu dalam kerjaya politiknya, berikutan bekas rakan partinya meminta beliau menghargai peluang yang ditawarkan ketika bersama parti itu.

Ramasamy, seorang bekas profesor universiti, berkata beliau tidak perlu menyertai parti itu “untuk mencapai kemasyhuran”.


Beliau mendakwa, jawatan timbalan ketua menteri II diwujudkan khas untuknya disebabkan kedudukannya dalam masyarakat.

“Bukannya DAP mahukan saya tanpa sebab,” katanya menjawab kenyataan pedas bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.

Beliau berkata, DAP sedar bahawa kedudukannya dalam masyarakat India akan mendapatkan mereka sokongan yang amat diperlukan, terutamanya memandangkan gerakan Hindraf menyaksikan kaum India semakin tertarik kepada DAP.

“DAP mahukan saya sepertimana saya mahu menyertainya. (Kasthuri) buta dengan hakikat ini,” katanya.

Awal hari ini, Kasthuri berkata, Ramasamy sepatutnya bersyukur atas peluang yang diberikan oleh parti itu dalam kerjaya politiknya.

Kasthuri mengaitkan kejayaan Ramasamy pada PRU 2008, penampilan sulungnya dalam pilihan raya, dengan momentum yang didorong oleh gerakan “Makkal Sakti” Hindraf dan “tsunami rakyat” yang mengakibatkan perubahan dalam lima kerajaan negeri.

Beliau berkata, Ramasamy, yang menyertai parti itu pada 2005, diberi peluang untuk bertanding di kerusi DUN Perai dan Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya.


Ads by Kiosked
Kasthuri turut menuduh Ramasamy sebagai seorang yang “tidak mengenang budi”, “menikmati kuasa, keistimewaan dan manfaat yang datang dengan jawatan timbalan ketua menteri” yang diperolehinya disebabkan DAP.

Bagaimanapun, Ramasamy berkata, perkara itu tidak benar sama sekali.

“Keuntungan peribadi? Adakah saya terlibat dalam pengumpulan harta haram?” katanya.


Beliau menuduh Kasthuri membuat serangan tidak wajar terhadapnya, dan menunjukkan “semua sifat pengampu yang hebat”.

Ramasamy dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan pada 2008, menewaskan bekas ketua menteri Pulau Pinang dan presiden Gerakan Koh Tsu Koon dengan majoriti hampir 9,500 undi.

Beliau tidak bertanding semula dan digantikan oleh Kasthuri, yang berkhidmat selama dua penggal.


Ads by Kiosked
Kasthuri kemudian memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU15 tahun lepas, dan kerusi itu dimenangi oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga ketua menteri.

Ramasamy berkhidmat sebagai Adun Perai selama tiga penggal. Beliau dipilih pada 2008 dengan majoriti 4,200 undi, dan dipilih semula dengan majoriti yang lebih tinggi pada 2013 dan 2018.

Beliau tidak dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di kerusi itu pada PRN esok, dan digantikan oleh S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi Eco World.

Ramasamy mengisytiharkan sokongan kepada anak didiknya David Marshel, yang keluar daripada DAP untuk bertanding di kerusi itu sebagai calon bebas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Luar biasa egonya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiga penggal dah berkhidmat tu..dah dah la ..bagi la org lain plak jadi kaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:37 AM | Show all posts
Keling vs keling dlm parti komunis
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok umah la Tata. Makan Patti punya kari puas puas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.193116 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list