CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1031|Reply: 0

[Pulau Pinang] 40 laporan kesalahan pilihan raya di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-8-2023 03:27 PM | Show all posts |Read mode
40 laporan kesalahan pilihan raya di Pulau Pinang


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



W PUSPHANATHAN menunjukkan antara kesalahan merosakkan bahan-bahan kempen yang disiasat ketika sidang di IPK Pulau Pinang. FOTO Danial Saad




Georgetown: Sehingga tengah malam tadi, 40 laporan diterima Polis Pulau Pinang membabitkan pelbagai kesalahan pilihan raya.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri, Senior Asisten Komisioner W Pusphanathan berkata, sebanyak 18 kertas siasatan dibuka selain satu Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Menurutnya, sembilan daripada kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana merosakkan bahan kempen dan lima kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 berkaitan fitnah terhadap calon parti bertanding menerusi media sosial.

"Satu kes membabitkan Sesyen 505(C) KK/ 233 AKMM 1998 yang berkait isu 3R dilaporkan portal berita bertajuk 'Muhyiddin says 'Allah issue shows Govt run by non-malays'. Kes ini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Masing-masing satu kes disiasat mengikut Seksyen 379 KK berkaitan curi bendera dan kain rentang pilihan raya dan serta KEP aduan tidak puas hati berkenaan media sosial," katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu katanya, polis juga menyiasat kes mengikut Seksyen 24B (7) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 iaitu larangan memasang bendera parti dalam jarak 50 meter dari tempat mengundi, selain laporan berita yang kini disiasat USJT Bukit Aman.

Menurut Pusphanathan, sepanjang tempoh berkenaan juga, 1,649 permit ceramah diluluskan dan tiada permohonan ditolak.

"Semua parti politik perlu memastikan aktiviti kempen dihentikan pada 12 tengah malam ini," katanya.

Mengenai dakwaan akan berlaku himpunan secara besar-besaran oleh parti tertentu di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), malam esok, katanya tidak menerima sebarang penganjuran aktiviti mencurigakan.

"Setakat ini semua aktiviti (di Komtar) berlangsung seperti biasa dan pihak Komtar akan maklum kepada polis jika ada maklumat lanjut.

"Kira-kira 200 anggota ditempatkan di sekitar Komtar dan mereka menjalankan penugasan seperti biasa, jadi tidak perlu bimbang kerana tiada apa-apa penutupan (jalan)," katanya.

Seramai 5,776 pegawai dan anggota polis Pulau Pinang terbabit dengan penugasan PRN yang meliputi kawalan keselamatan dan lalu lintas di 334 Pusat Pengundian menerusi 2,138 saluran.



Disiarkan pada: Ogos 11, 2023 @ 2:42pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list