CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4940|Reply: 0

[Pulau Pinang] Boleh terus pakai baju sukan ke sekolah

[Copy link]
Post time 10-8-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berucap pada Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 di Dewan Dato’ Haji Ahmad Salleh Kampung Permatang Keling - Foto NSTP/DANIAL SAAD

NIBONG TEBAL: Pelajar masih terus dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kementerian belum membuat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah.

"Pergi sahaja sekolah (dengan berpakaian) apa sahaja (kemas dan bersesuaian), asalkan yang penting pakai baju," katanya berseloroh ketika ditanya berhubung jangkaan kementerian mengembalikan semula pemakaian baju seragam sekolah seperti biasa susulan keadaan cuaca yang semakin baik.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Dato' Haji Ahmad Salleh, di sini, hari ini.



Pada 3 Mei lalu, kementerian memberikan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya untuk memakai pakaian sukan semasa cuaca panas dan kering.

Murid yang memakai pakaian seragam sekolah pula tidak diwajibkan memakai tali leher, memandangkan keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan.

Sebelum ini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, cuaca panas yang melanda negara dijangka berlarutan sehingga Ogos, dan negeri yang paling terkesan adalah di utara dan pantai timur.
https://www.bharian.com.my/berit ... ju-sukan-ke-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056664 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list