CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1920|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Pemuda PAS dakwa ada pengundi hantu

[Copy link]
Post time 9-8-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Pemuda PAS dakwa ada pengundi hantu



Muhammad Yusri Muzamir
[email protected]



GEORGE TOWN, 1 Ogos -- Bendera Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berkibaran di Permatang Damar Laut sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).




Permatang Pauh: Pemuda PAS negeri mendakwa wujud usaha memanipulasi proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Sabtu ini.

Ketua Penerangannya, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Amar, berkata gerakan itu dikatakan cuba mengumpul kad pengenalan pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama golongan muda.

Beliau antara lain mendakwa, pihak berkenaan akan memberi balasan berbentuk wang ringgit kepada pemegang kad pengenalan yang terbabit dalam gerakan itu, namun tidak mendedahkan jumlah yang dikatakan ditawarkan.

"Kemudian kad pengenalan terbabit akan digunakan oleh 'pengundi hantu' untuk membuang undi bagi sesuatu parti tertentu dengan dokumen berkenaan hanya akan dipulangkan kepada pemilik sebenar selepas PRN selesai.

"Kami percaya tindakan ini adalah skandal penipuan pilihan raya yang terdesak dengan kaedah 'menyewa' kad pengenalan pengundi sebagai cubaan terakhir untuk memperoleh kemenangan secara kotor, tidak bersih dan tidak adil," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhamad Hafis Alias.

Sementara itu, Mohamad Ikhwan Afiq mendakwa, pihaknya turut dimaklumkan ada perancangan untuk membawa masuk kertas undi secara haram dengan kaedah menukar peti undi bagi memenangkan parti tertentu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak cubaan terdesak dan penipuan cuba dilakukan pihak tertentu, dikatakan semata-mata untuk memperoleh kemenangan pada PRN kali ini.

Justeru, katanya, pengundi dinasihatkan supaya membanteras dan mencegah skandal penipuan terbabit di peringkat awal, sebelum ia berlaku.

"Pilihan raya sepatutnya menjadi padang yang rata untuk semua pihak bertanding secara sihat dalam suasana demokrasi matang, tidak kira sama ada parti daripada kerajaan semasa, pembangkang mahupun Bebas.

"Skandal penipuan pilihan raya seperti ini tidak akan mematangkan demokrasi di negara ini. Malah, membawa Malaysia semakin terbelakang dengan kaedah lapuk untuk memenangi pilihan raya.

"Pemuda PAS Pulau Pinang meyakini integriti Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia dan petugasnya, tetapi semua pihak perlu mengambil berat terhadap usaha memanipulasi pilihan raya dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa, jika kes ini berlaku di sekeliling anda," katanya.

Ditanya sama ada Pemuda PAS Pulau Pinang akan mengemukakan laporan polis berhubung dakwaan terbabit, Mohamad Ikhwan Afiq bagaimanapun menegaskan pihaknya belum bercadang untuk berbuat demikian.

"Setakat ini kami baru terima maklumat berkaitan usaha ini menerusi program dan siri kempen, sejak kelmarin, selain tiada bukti kukuh untuk melaporkannya kepada polis," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 5:11pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051959 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list