CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1407|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Guna kepala babi 'serang' PN Juasseh ?

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Kepala babi ditemui di hadapan Bilik gerakan Dun Juasseh di Jemapoh pagi ini. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Kuala Pilah: Jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di sini, dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera parti gabungan itu di hadapan bilik gerakan.

Calon PN DUN berkenaan, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, beliau mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, selain di bilik gerakan, dipercayai kepala babi turut diletakkan di sebuah kediaman salah seorang pegawainya sekitar di daerah ini.

" Macam - macam hal berlaku dan kita sudah menjangkakan. Mungkin lebih teruk daripada itu akan berlaku. Tetapi tidak mengapalah kita kekal tenang, saya fikir ini mungkin tindakan untuk mengalihkan tumpuan menghadapi Pilihan Raya Negeri berbaki tiga hari sahaja," katanya tadi.

Katanya, kejadian itu mungkin tindakan orang terdesak dan menganggap sebahagian daripada cabaran, namun pada masa sama tidak boleh menuduh sesiapa kerana mahu menjaga sensitiviti banyak pihak.

Eddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.

Dalam pada itu, Eddin yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah turut mengingatkan supaya jentera partinya kekal positif.

"Dalam ceramah saya malam tadi, saya menasihatkan jentera parti kalau kita nampak bendera pihak lawan itu tumbang kita sama-sama naikkan. Kita mahu satu budaya politik yang sihat dan positif.

" Politik itu memerlukan kematangan, takkan zaman semakin beredar politik masa sama tetapi jika ada sesetengah orang masih nak gunakan cara begitu ia sangat memalukan agama dan bangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-serang-pn-juasseh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.297235 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list