View: 1363|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Penoreh getah didenda miliki senapang angin tanpa permit
[Copy link]
|
|

GAMBAR HIASAN
Tampin: Penoreh getah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana didapati memiliki dua laras senapang angin tanpa lesen atau permit yang sah.
Tertuduh Selamat Rais, 58, dari Tampin membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Repah Baru, di sini, pada 27 Jun lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap tertuduh selain turut memerintahkan lelaki berkenaan dipenjara 11 bulan sekiranya gagal membayar denda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angin-tanpa-permit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|