|
RONALDO meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Twitter AlNassr
Riyadh: Cristiano Ronaldo semakin hampir membawa Al-Nassr ke final Kejohanan Piala Juara-Juara Kelab Arab menerusi prestasi cemerlang ketika menewaskan Raja Casablanca 3-1 dalam aksi suku akhir di Abha, awal pagi tadi.
Selepas permulaan pramusim yang perlahan, Ronaldo, 38, tampak kembali menemui momentumnya dengan meledak tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir.
Dia membuka tirai jaringan ketika menentang Raja dengan rembatan kencang kaki kiri dari jarak 15 meter pada minit ke-19 selepas mendapat hantaran Anderson Talisca.
Kelab Liga Pro Saudi itu terus menguasai permainan dan Al Ghannam menggandakan jaringan sepuluh minit kemudian menerusi rembatan leret dalam kotak penalti manakala pemain baharu Al-Nassr dari Ivory Coast , Seko Fofana yang mendapat hantaran dari sebelah kiri menanduk masuk untuk kedudukan 3-0.
Raja Casablanca mendapat gol sagu hati hasil jaringan sendiri Abdullah Madu sejurus sebelum rehat.
Kemenangan itu membolehkan Al-Nassr mara ke separuh akhir dan menempah pertemuan dengan kelab Iraq Al Shorta, yang menewaskan Al Sadd dari Qatar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sr-ke-separuh-akhir |
|