View: 1439|Reply: 0
|
Pengurus Spurs kritik Bayern
[Copy link]
|
|
GAYA Kane meraikan jaringan ketika menentang Shakhtar. FOTO Reuters
London: Ange Postecoglou membidas tindakan agresif Bayern Munich yang memburu tandatangan Harry Kane apabila berkata: "Saya tak pernah bercakap kepada media mengenai pemain kelab lain."
Kane menjaringkan empat gol ketika Spurs membelasah Shakhtar Donetsk 5-1 semalam sebelum dia mengelilingi stadium sambil melambaikan tangan kepada penyokong.
Kapten England itu menarik minat Bayern yang membuat tiga bidaan dengan yang terkini sekitar £86 juta (RM498 juta).
Postecoglou berdepan persoalan masa depan Kane sejak dilantik pengendali Spurs pada Jun lalu.
Pengendali dari Australia berusia 57 tahun itu berkata, dia kurang senang dengan cara Bayern cuba mendapatkan Kane: "Faktanya ialah Kane pemain yang masih mempunyai kontrak dengan kami. Saya pula tidak akan bercakap mengenai pemain kelab lain yang masih ada kontrak. Tetapi saya tidak berada di Bayern jadi terpulang kepada mereka."
Laporan media Jerman mendakwa Bayern meletakkan tarikh akhir Jumaat lalu untuk pengerusi Spurs menerima tawaran itu.
Tetapi selepas lebih 48 jam, tiada perkembangan baharu mengenai masa depan Kane.
Pemain itu difahamkan mahu masa depannya dimuktamadkan sebelum perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford Ahad ini.
Namun Postecoglou berkata: "Saya tak tahu apa makna sebenar tarikh akhir. Kita tahu ada satu tarikh akhir dan ia penamat jendela perpindahan.
"Selepas itu, saya terbuka berdialog dengan Harry dan kelab. Saya hanya mahu berurusan dengan apa yang berlaku di hadapan tanpa mengira keputusan. Saya yang membina pasukan dan tak boleh menunggu lagi."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... spurs-kritik-bayern |
|
|
|
|
|
|
| |
|