CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4289|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengundi muda dijangka meningkat pada PRN kali ini

[Copy link]
Post time 6-8-2023 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Pengundi muda dijangka meningkat pada PRN kali ini


Ogos 6, 2023 @ 3:24pm



Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim - Foto fail



GEORGETOWN: Jumlah pengundi muda (U18) dijangka meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini selepas golongan itu kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Susulan itu, Adam Adli berharap jumlah pengundi muda itu dapat memberikan mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan selepas pengundian pada 12 Ogos ini.

"PRU-15 memberikan mereka (Undi18) kesedaran (kepentingan mengundi) daripada pengalaman hidup sebenar," katanya kepada media selepas pelancaran Program Fit Malaysia peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Adam Adli berkata, pengundi memahami tanggungjawab mereka dan yakin dengan keputusan untuk mengundi mengikut keperluan negara dan masyarakat.

Sementara itu, pelancaran Program Fit Malaysia peringkat Pulau Pinang adalah acara pembuka tirai bagi program peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 19 Ogos di Bandar Baru Kuala Nerus.

Adam Adli berkata, program berkonsepkan karnival kesihatan itu mencapai sasaran penyertaan 11,000 rakyat Pulau Pinang daripada semua peringkat umur yang menyertai aktiviti seperti fun ride sejauh 10 kilometer (km) dan 30km, fun walk sejauh tiga kilometer serta pesta kecergasan dan kesihatan.

"Program Fit Malaysia kemudian akan menjelajah ke seluruh negara dan tiba di destinasi terakhir di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 14 Oktober," katanya.

Beliau berkata, program itu adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk membudayakan serta mempopularkan sukan dalam komuniti dengan amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat selaras dengan kerangka Malaysia MADANI. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:29 PM GMT+8 , Processed in 1.002847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list