|
Onana akui kesilapan, sedia terima kritikan
Penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana mudah dibolosi pemain Lens dalam aksi persahabatan pada penampilan sulungnya di Old Trafford. - Foto AFP
MANCHESTER: Bekas penjaga gol Inter Milan, Andre Onana akur dengan kesilapannya dan sanggup menerima kritikan selepas dibolosi awal dalam aksi sulungnya di Old Trafford ketika menentang Lens.
Onana ditewaskan oleh pemain Lens, Florian Sotoca menerusi bola tinggi dari tengah padang selepas penjaga gol itu dilihat berada jauh daripada pintu gol.
Selepas perlawanan, Onana berkata dia bertanggungjawab di atas segalanya, terutama gol-gol yang dibolosi.
Di babak kedua aksi pra-musim itu, United mula mengawal permainan dan bangkit merakam kemenangan ke atas skuad Ligue 1 berkenaan.
"Kami akan tampil lebih baik. Ada beberapa perkara yang akan kami cuba perbaiki. Saya bertanggungjawab sepenuhnya, terutama gol yang dibolosi. Saya bangga dengan apa yang dilakukan pertahanan kami," kata Onana.
Jaringan babak kedua Marcus Rashford, Antony, dan Casemiro memberikan kemenangan 3-1 buat skuad kendalian Erik ten Hag.
Sebelum sepak mula, Old Trafford memperkenalkan pemain terbaru mereka, Rasmus Hojlund yang ditandatangani pada harga 72 juta pound (RM416.35 juta) dari Atalanta. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... dia-terima-kritikan
|
|